Pihak berkuasa gagal menemukan sebarang petunjuk dalam siasatan kes simbahan asid membabitkan pemain bola sepak negara, Faisal Halim, sekali gus kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Perkara itu didedahkan peguamnya dari Tetuan Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co yang memaklumkan pihaknya menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara mengenai status siasatan kes itu.
"Kami menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara, yang mana pihak kami dimaklumkan bahawa kes ini telah diklafikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)"Surat tersebut juga menyatakan pihak PDRM (polis) tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek dan segala usaha telah dijalankan bagi tujuan tersebut tidak membuatkan hasil," katanya pada sidang media di Kajang, hari ini.
Nik Zarith berkata, sebelum ini pihaknya mengutuskan surat kepada beberapa pihak antaranya kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negara, Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara bagi menggesa agar siasatan kes ini dipantau dan diberi kepentingan yang sewajarnya.
"Ternyata anak guam kami berasa kecewa dengan hasil keputusan tersebut."Kami akan teruskan perbincangan dengan anak guam untuk menentukan langkah-langkah seterusnya," katanya.
- Malaysiakini
0 Comments