Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekali lagi menjadi tumpuan apabila Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal secara terbuka mempersoalkan program jelajah parti itu yang dikatakan dijalankan tanpa pengetahuan atau penyertaan pimpinan tertinggi tertentu.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Wan Fayhsal meluahkan rasa pelik apabila program jelajah yang dinamakan Kembara Bersatu tidak menjemput Timbalan Presiden dan beberapa Naib Presiden parti. Malah menurutnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) juga tidak dimaklumkan mengenai program tersebut.
"Luar biasa," tulis bekas Ketua Pemuda Bersatu itu secara sinis, menimbulkan tanda tanya besar dalam kalangan akar umbi dan pemerhati politik.
Reaksi balas turut hadir daripada Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz yang dilihat kurang senang dengan cara terbuka Fayhsal.
“Soalan-soalan seperti ini, dia hanya perlu tanya dalam group WhatsApp MPT,” katanya ringkas
Program jelajah tersebut dilihat diketuai oleh Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali dan berlangsung di beberapa negeri termasuk Selangor, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan. Gambar dan video yang dikongsi Azmin di media sosial menunjukkan kehadiran beberapa pemimpin seperti Mohd Radzi Jidin, Ahmad Faizal Azumu dan Tun Faisal sendiri.
Namun persoalan besar kini timbul:
- Mengapa sebahagian pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan atau dijemput?
- Adakah wujud perpecahan dalaman atau ‘kem-kem’ tertentu dalam Bersatu?
- Adakah program ini mempunyai agenda tersirat menjelang PRU atau pemilihan parti akan datang?
Setakat ini, Wan Fayhsal dan Azmin Ali belum mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut.
Apakah ini mungkin bibit awal retakan yang bakal menggoncang struktur dalaman Bersatu. Perkembangan ini pasti menjadi perhatian dalam landskap politik tanah air yang kian dinamik.
Artikel Asal : Mkini
0 Comments