Isu tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia adakah Malaysia telah dimanipulasi oleh AS atau sekadar mangsa ‘media hype’?

Tentatif peristiwa sadis : 
  • 2 April 2025 AS mengenakan tarif sebanyak 24%
  • KemudianMalaysia memulakan rundingan 90 hari, di mana laporan menyatakan bahawa tarif akan diturunkan kepada 10%.
  • Akhirnya : Selepas rundingan, kadar akhir tarif yang dikenakan adalah 25% - lebih tinggi dari kadar asal.

Reaksi Awal dan Harapan:

Satu laporan Bloomberg bertarikh 28 Mei 2025 memetik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Zafrul Aziz sebagai berkata bahawa pengurangan kepada 10% dilihat sebagai langkah positif, walaupun harapan untuk penghapusan sepenuhnya tidak realistik. Kenyataan ini dibuat di Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur.

Realiti Mengecewakan :

Namun kini, realiti mengejutkan apabila tarif muktamad bukan sahaja tidak dikurangkan, malah naik kepada 25%.  Insiden ini membuka ruang untuk penilaian semula kecekapan diplomasi perdagangan Malaysia dan sejauh mana negara perlu berhati-hati terhadap ‘permainan kuasa’ dalam arena antarabangsa.