Nama Conor McGregor bukan asing lagi dalam dunia sukan. Juara UFC yang terkenal dengan gaya lantang dan penuh kontroversi ini kini cuba melangkah ke arena politik. Baru-baru ini, McGregor mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden Ireland 2025.
Tapi, sejauh mana realistik cita-cita ini?
Proses & Syarat Bertanding
Untuk jadi calon Presiden Ireland, seseorang mesti:
- Mendapat sokongan 20 ahli Oireachtas (parlimen Ireland), atau
- Mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 4 majlis tempatan (city/county councils).
Setakat ini, McGregor belum dapat sokongan yang mencukupi. Malah tinjauan terhadap ahli majlis menunjukkan hampir semua enggan menamakan beliau sebagai calon.
Kontroversi & Halangan Besar
McGregor bukan sahaja dikenali kerana kejayaan dalam UFC, tapi juga pelbagai isu kontroversi peribadi termasuk kes undang-undang, kenyataan keras terhadap imigrasi, dan terbaru Sokongan terbuka terhadap Israel.
Conor pernah berkongsi bendera Israel dan mesej menyokong mereka di media sosial.
Ini menimbulkan kemarahan ramai rakyat Ireland yang secara tradisinya lebih bersimpati dengan Palestin.
Akibatnya, sokongan terhadap conor semakin merosot. Ramai penganalisis politik menyifatkan peluangnya untuk sekurang-kurangnya menjadi calon rasmi adalah “hampir sifar”.
Reaksi Rakyat & Pemerhati Politik
Pakar politik Ireland menyatakan McGregor tiada laluan realistik untuk menang.
Ahli komuniti Muslim di Ireland menggelar cubaan McGregor sebagai “memalukan”.
Malah, kerajaan dan parti politik utama Ireland dilihat langsung tidak menganggap beliau sebagai calon serius.
Walaupun nama besar dalam dunia sukan, Conor McGregor nampaknya berdepan laluan sukar dalam politik. Hasratnya untuk menjadi Presiden Ireland 2025 mungkin sekadar gimik yang lebih banyak mencetuskan kontroversi daripada sokongan.
Dengan kontroversi berterusan termasuk sokongan beliau terhadap Israel, sukar untuk bayangkan rakyat Ireland akan meletakkannya di kerusi tertinggi negara.
Sumber :
1. Sky News – Conor McGregor says he wants to be Ireland’s next president
2. The Irish Times – Councillors brace for chaotic Conor McGregor bid
3. Euronews – Fact check: unlikely Conor McGregor can run for Irish presidency
4. New York Post – UFC legend Conor McGregor tries to stir up support for Irish presidential bid
5. Times of India – Elon Musk and Conor McGregor form unlikely alliance

0 Comments