Isu arak ini bukan sekadar tidak wajar, tetapi bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Islam menolak keras segala bentuk arak dan perjudian kerana kedua-duanya membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.
Arak telah menyebabkan banyak tragedi di negara ini — kemalangan maut, ketagihan, serta kerosakan moral dalam masyarakat. Apa bezanya arak dengan dadah, ketum atau penyalahgunaan ubat batuk? Semua itu membawa manusia ke arah kehancuran diri dan keluarga.
Lebih mengejutkan apabila lokasi berhampiran kawasan sekolah dijadikan tempat untuk aktiviti berkaitan arak. Ini sangat tidak beradab dan menjejaskan imej negara.
Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dan peka terhadap isu ini. Jangan biarkan kepentingan komersial atau politik mengatasi nilai moral dan kesejahteraan rakyat. Rakyat berhak melihat setiap kementerian berfungsi dengan bijak, berintegriti dan menjaga sensitiviti masyarakat — bukan menambah masalah baru.
Penasihat DAP Lim Guan Eng membidas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyatakan arak tidak wajar dihidangkan di dewan sekolah.Lim menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai tindakan menjolok sarang tebuan.Guan Eng mendakwa, kenyataan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina.
0 Comments