Orang Selangor! Anak PMX Nak Jadi MB Selangor.... Hahahaha



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan bahawa beliau pernah mencadangkan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, sebagai calon yang sesuai untuk menggantikannya menerajui pentadbiran negeri pada masa hadapan.

Pendedahan itu dibuat dalam program podcast popular “Keluar Sekejap” bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan, sekali gus menarik perhatian ramai mengenai hala tuju kepimpinan politik di Selangor.

Menurut Amirudin, cadangan tersebut bukan sahaja disuarakan secara umum, malah telah disampaikan terus kepada Nurul Izzah sendiri.

“Saya fikir itu mungkin formula terbaik untuk meletakkan Puan Nurul Izzah, supaya tidak timbul persepsi atau stigma berkaitan nepotisme. Secara jujurnya, saya sudah kemukakan cadangan itu kepada beliau. Terpulang kepada beliau untuk menerima atau tidak,” jelas Amirudin.

Potensi Nurul Izzah Bertanding Kerusi DUN Selangor

Ketika ditanya mengenai kemungkinan Nurul Izzah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya akan datang, Amirudin tidak menolak bahawa ia boleh membuka laluan kepadanya untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Spekulasi mengenai peralihan kepimpinan Selangor turut menjadi antara topik panas dalam arena politik negeri, khususnya menjelang PRN akan datang.

Amirudin Sedia Berkhidmat di Peringkat Persekutuan

Dalam sesi sama, Amirudin turut menyatakan kesediaannya untuk mengambil peranan lebih besar di peringkat Persekutuan, sekiranya diberi peluang oleh parti.

“Kalau tanya saya adakah bersedia? Ya, saya sudah mempertimbangkan untuk ke Persekutuan,” katanya.

Kenyataan ini menguatkan spekulasi bahawa beliau mungkin bakal memainkan peranan lebih penting dalam pentadbiran kerajaan pusat, sejajar dengan kedudukannya sebagai salah seorang pemimpin muda berprofil tinggi dalam PKR.

Post a Comment

0 Comments