Semalam ketika Heliza Helmi naik ke pentas menerima anugerah aktres pelakon pembantu popular ABPBH37, adik dia Hazwani Helmi terkantoi merakam momen tu menggunakan iPhone 17. Dia dikritik hebat oleh netizen sebab menyokong ekonomi AS iaitu sekutu kuat negara “Biru putih” dengan membeli iPhone 17.
Untuk belian hidangan Mc Donald’s cawangan Malaysia berharga RM5000, duit yang sampai ke AS hanya sekitar RM400 manakala untuk belian iPhone berharga RM5000 di Malaysia, duit yang sampai ke AS adalah sekitar RM3250. Tak perlu saya jelaskan macam mana kiraan itu boleh diperolehi. Anda boleh siasat sendiri melalui ChatGPT atau buat kiraan manual melalui maklumat-maklumat yang ada di internet.
Walaupun duit itu pergi ke AS, tetapi ada dana AS yang mengalir secara khas ke negara “Biru putih” dan hal itu diketahui umum. Tapi ada teori konspirasi di kalangan netizen kata bahawa Hazwani Helmi mungkin dibayar oleh Apple untuk menimbulkan sentimen baru di kalangan rakyat Malaysia iaitu “Jika ahli Sumud Flotilla pun pakai produk AS, apa salahnya kami buat perkara yang sama”. Buktinya ialah dalam gambar-gambar di Instagram Hazwani Helmi, dia kerap memegang telefon itu di ABPBH37 walaupun di hadapan wartawan. Benar atau tidak hanya Tuhan yang tahu.
Apa kata anda?
Tulisan : Muhammad Nasri

0 Comments