Cikgu Chandra - Istilah Kuil Haram! Kenapa Tak boleh?

Setakat ini, tiada undang-undang atau peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang melarang rakyat Malaysia menggunakan istilah “kuil haram”.

Dalam konteks undang-undang, haram merujuk kepada pembinaan tanpa kebenaran atau di atas tanah bukan milik sendiri. Prinsip ini sama seperti istilah rumah haram, gerai haram atau setinggan haram.

Isu sebenar bukan agama, tetapi status tanah dan kelulusan pihak berkuasa. Undang-undang terpakai kepada semua tanpa mengira kaum atau kepercayaan.

Jika ada pihak mendakwa istilah ini salah atau dilarang, maka tunjukkan peruntukan undang-undang yang menyatakannya. Jika tiada, istilah ini kekal sebagai istilah pentadbiran, bukan penghinaan.



Post a Comment

0 Comments