Isu Bantuan SARA tiba-tiba jadi bahan serangan apabila kegembiraan tauke Mydin yang berkongsi video TikTok disalah tafsir seolah-olah peniaga “menari atas penderitaan rakyat”.
Hakikatnya mudah — apabila penerima SARA berbelanja, ekonomi bergerak, peniaga untung, pekerja ada gaji, dan rakyat tetap mendapat barang keperluan. Itu realiti ekonomi, bukan jenayah moral.
Namun yang pelik, MP Kota Melaka lebih sibuk menyindir peniaga daripada menyoal isu sebenar:
Siapa sebenarnya peruncit terbesar yang paling banyak menikmati aliran dana SARA?
Jika mahu telus, sebut di Parlimen. Jangan tembak bayang. Bantuan SARA sepatutnya diperluas kepada lebih banyak peruncit kecil, bukannya dijadikan peluru politik. Marah boleh, tapi biarlah kena tempat — jangan salah sasaran.
1 Comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete