Pendidikan Percuma PTPTN Diperluas: Apa Yang Korang Perlu Faham..

1️⃣ Apa yang diumumkan sebenarnya?

Kerajaan mengumumkan perluasan pendidikan percuma melalui PTPTN, khusus untuk anak keluarga miskin dan miskin tegar, bermula 2026.

Ini BUKAN pendidikan percuma untuk semua pelajar.


2️⃣ Apa maksud “pendidikan percuma” PTPTN?

  • ➡️ Pelajar TIDAK perlu bayar balik pinjaman PTPTN
  • ➡️ Kerajaan tanggung sepenuhnya kos pembiayaan pengajian
  • ➡️ Terhad kepada kumpulan sasaran sahaja

3️⃣ Siapa yang layak?

  • Keluarga miskin / miskin tegar
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,705
  • Pelajar IPTA
  • OKU (IPTA, Politeknik & Kolej Komuniti)

4️⃣ Berapa ramai pelajar terlibat?

📈 Ditingkatkan daripada 5,800 kepada 10,000 pelajar

👨‍🦽 Pelajar OKU dianggarkan ~3,000 orang

Ini bermakna liputan bantuan diperluas, bukan dikurangkan.


5️⃣ Berapa kos kepada kerajaan?

💰 RM120 juta setahun

Peruntukan khas untuk membiayai pendidikan percuma PTPTN bagi kumpulan sasaran.


6️⃣ Salah faham yang sedang tular

❌ “Semua PTPTN dimansuhkan”

❌ “Semua pelajar dapat pendidikan percuma”

❌ “PTPTN dah tak perlu bayar langsung”

➡️ Semua ini TIDAK benar


7️⃣ Objektif sebenar dasar ini

  • 🎯 Putuskan rantaian kemiskinan
  • 🎯 Pastikan anak miskin tak tercicir pendidikan tinggi
  • 🎯 Pendidikan sebagai alat mobiliti sosial


8️⃣ Pendidikan percuma bukan benda baharu. Kerajaan juga: 

📚 Menyediakan pendidikan percuma Darjah 1 hingga Tingkatan 6

🎒 Menyalurkan elaun khas & bantuan sokongan

📖 Menghidupkan semula budaya membaca & ilmu


9️⃣ Kesimpulan

✔️ Ini dasar bersasar, bukan populis

✔️ Fokus bantu yang paling memerlukan

✔️ PTPTN masih wujud & berfungsi seperti biasa untuk pelajar lain

📌 Pendidikan percuma ≠ pendidikan percuma untuk semua.


---

📚 Sumber Rasmi

▪️ Kenyataan Perdana Menteri Malaysia & Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

▪️ Pengumuman Belanjawan & reformasi pendidikan MADANI

▪️ Laporan media arus perdana (BH, Bernama, Sinar Harian)



Post a Comment

0 Comments