Utusan khas Presiden Rusia, Kirill Dmitriev, dilaporkan menyeru pihak luar supaya “menyertai Rusia dalam perjuangan menentang Satanisme”, menurut satu kenyataan yang dikongsi di platform media sosial X.
Kenyataan tersebut, yang tular melalui beberapa akaun pro-Rusia di X, memaparkan Dmitriev menggambarkan konflik dan pertembungan geopolitik semasa sebagai satu perjuangan moral dan ideologi, bukan sekadar persaingan ketenteraan atau ekonomi.
Seruan itu secara tidak langsung mengaitkan Rusia sebagai benteng mempertahankan nilai tradisional berdepan apa yang mereka labelkan sebagai kemerosotan moral global.
Kirill Dmitriev, yang juga dikenali sebagai tokoh penting dalam diplomasi ekonomi Rusia dan rapat dengan Vladimir Putin, sering tampil menyuarakan naratif strategik Kremlin kepada khalayak antarabangsa, khususnya berkaitan hubungan Timur–Barat dan pakatan global bukan Barat.
Sumber : Brics

0 Comments