Status Dipertikai Lagi: Arun Dorasamy Dakwa Engineer, Rekod Pendaftaran Tiada — Siapa Sebenarnya?

Arun Dorasamy kembali menjadi tumpuan hangat media sosial apabila dakwaan terbaharunya sebagai seorang engineer turned activist mula dipersoalkan, hanya beberapa ketika selepas isu beliau didedahkan bukan seorang peguam seperti yang sebelum ini digambarkan dalam pelbagai acara, poster dan kenyataan awam.

Kontroversi tercetus apabila Arun tampil mempertahankan diri dengan mendakwa beliau tidak pernah mengaku sebagai peguam, sebaliknya seorang jurutera yang kini aktif sebagai aktivis. Namun kenyataan itu pantas mencetuskan gelombang baharu apabila netizen mula membongkar semula rekod lama, termasuk poster program, kenyataan awam dan dokumen rasmi yang memaparkan dia seolah-olah mempunyai peranan perundangan, malah dikaitkan dengan kutipan yuran guaman bagi kes tertentu.

Keadaan menjadi lebih panas apabila beberapa pengguna media sosial berkongsi tangkapan layar carian awam di laman Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang menunjukkan nama berkaitan tidak tersenarai sebagai jurutera berdaftar. Pendedahan itu sekali gus menimbulkan persoalan serius — jika bukan peguam dan kini juga tiada bukti sebagai engineer berdaftar, atas kapasiti apa sebenarnya dia mengutip dana, memberi nasihat dan mewakili isu-isu sensitif melibatkan komuniti?

Lebih mengundang kemarahan, terdapat dakwaan bahawa penggunaan gelaran dan imej profesional ini telah mengelirukan orang awam, khususnya golongan yang terdesak dan memerlukan bantuan, termasuk dalam isu guaman dan hak tanah rumah ibadat. Ramai menyifatkan tindakan tersebut bukan sahaja tidak beretika, malah berpotensi menjejaskan kepercayaan terhadap perjuangan yang dibawa.

Setakat ini, Arun Dorasamy masih belum mengemukakan bukti rasmi berkaitan pendaftaran sebagai jurutera atau penjelasan tuntas mengenai penggunaan gelaran sebelum ini. Sementara itu, tekanan daripada netizen terus memuncak dengan desakan agar satu penjelasan menyeluruh diberikan demi ketelusan dan mengelakkan masyarakat terus terpedaya dengan naratif yang berubah-ubah.

Apa yang jelas, selepas isu “bukan peguam”, kini timbul pula persoalan yang lebih besar dan lebih memalukan — bukan engineer juga? 







Post a Comment

0 Comments