Baru saja saya dapat lesen operate backhoe (juga dikenali sebagai beg hoe atau excavator), esoknya dah kena hadapi mahkamah pula sebab menggunakannya.
Apa cerita sebenarnya ni?
Nama Tamim Dahari tiba-tiba trending di media sosial Malaysia, tapi hampir tiada portal media arus perdana yang cover secara terperinci hanya secara tidak langsung, contohnya "empat ditahan merobohkan kuil" dan sebagainya.
Aktivis Tamim Dahari ditahan pihak berkuasa selepas membantu merobohkan binaan haram di atas tanah milik Yayasan Kubra di Rawang. Tanah ini sepatutnya untuk pembinaan rumah asnaf, tapi telah diceroboh sejak 2018 untuk binaan seperti kuil atau pondok ibadat haram.
Pemilik tanah (Yayasan Kubra) sudah lama buat pelbagai aduan kepada pihak berkuasa, termasuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Dalam surat rasmi bertarikh 14 Mac 2022, MPS menyatakan pemilik tanah perlu bertanggungjawab menyelesaikan isu ini kerana binaan berada di atas hak milik mereka.
Bila pemilik tanah ambil tindakan dengan menghubungi Tamim untuk merobohkan binaan haram tersebut, tiba-tiba jadi drama besar. Selepas proses perobohan selesai, Tamim dan seorang lagi individu (pemegang amanah Yayasan Kubra, iaitu Ustaz Ismail Mina) dikepung oleh sekumpulan individu yang marah. Mereka terpaksa panggil 999, dua anggota polis datang, eskort mereka ke IPD Gombak untuk siasatan.
Tamim dan rakan ditahan untuk bagi keterangan, dan ada permohonan reman. Yang lebih mengejutkan: Beberapa hari sebelum ni (sejak Sabtu), Tamim sudah pernah ditahan dua hari berkaitan isu tanah serupa. Lepas keluar reman, dia terus pergi ambil ujian dan lulus lesen operate backhoe. Baru dapat lesen, esoknya bawa backhoe untuk kerja terus kena tahan lagi dan masuk reman balik. Malah backhoe yang baru dibeli tu (hasil crowdfunding daripada orang ramai) pun dirampas.
Peguam terkenal, Mahmud Jumaat, beri respon undang-undang:
- Merujuk Seksyen 44 Kanun Tanah Negara, pemilik tanah atau pemegang pajakan punya hak eksklusif untuk menduduki, menggunakan dan menikmati tanah mereka.
- Pemilik berdaftar tanah tidak perlu dapat perintah mahkamah untuk merobohkan struktur haram di atas tanah sendiri apabila berlaku pencerobohan (rujuk kes Siddiq bin Haji Mohamad & Ors).
- Ini kes sivil, bukan jenayah, jadi PDRM tidak sepatutnya campur urusan pemilik tanah yang bertindak munasabah tanpa kekerasan berlebihan.
- Bukan isu 3R, perkauman atau agama. Peguam harap permohonan reman tidak diluluskan.
Update terkini (semasa video ini dibuat):
Mahkamah Tinggi telah batalkan perintah reman dua hari yang dikeluarkan majistret pagi tadi. Tamim Dahari dan tiga sahabatnya diperintahkan dilepaskan serta-merta.
Apa jadi pada mereka yang kepung Tamim dan pemegang amanah tu? Entah – sama ada kena tangkap atau tidak, belum ada info lanjut.
Ringkasnya, macam pepatah ni:
"Sendiri pancing, sendiri makan, tapi penghulu minta cukai. Sendiri roboh, kena tahan, minta roboh PBT pun tak buat apa."
0 Comments