Dulu ada yang berjanji mahu mansuhkan PTPTN, siap berapi-api di pentas ceramah. Hari ini, bila sudah dalam pentadbiran termasuklah figura demostran Adam Adli, PTPTN masih berjalan seperti biasa — siap kutip bayaran lagi. Begitulah beza antara slogan dan tanggungjawab.
Sebenarnya dulu PTPTN melalui banyak pembaharuan dan penambahbaikan.
1) Tahun 2009
Kadar pinjaman konvensional 3% ditukar kepada kadar ujrah 1% yang patuh syariah bagi menampung kos pengurusan. Langkah ini mengurangkan beban pinjaman pelajar.
2) Tahun 2010
Kerajaan menghapuskan hutang PTPTN bagi graduan ijazah kelas pertama. Percuma, tidak perlu bayar balik. Sehingga Mac 2018, seramai 50,153 graduan menerima pengecualian ini.
3) Tahun 2012
Diskaun 20% untuk bayaran penuh dan 10% untuk bayaran ansuran diperkenalkan, dan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya bagi menggalakkan pembayaran semula.
4) Tahun 2017
Tempoh mula bayaran balik dilanjutkan daripada 6 bulan kepada 12 bulan selepas tamat pengajian bagi memberi ruang graduan menstabilkan kewangan.
5) Tahun 2018
Sebelum PRU14, kajian awal dibuat untuk mempertimbangkan insentif tambahan termasuk cadangan hapus sebahagian hutang graduan ijazah kelas kedua. Namun pentadbiran berubah pada Mei 2018.
Tidak semua kebaikan yang dilakukan akan dihargai. Tetapi rekod tetap ada. Bezanya, ada yang bercakap tentang perubahan — dan ada yang melaksanakannya. Rakyat boleh menilai sendiri.
NajibRazak

0 Comments