CEO ASUS - MacBook Neo ‘Pesaing Besar Terbaru’ PC Window Microsoft

Ketua Pegawai Eksekutif bersama ASUS, S.Y. Hsu menyifatkan pelancaran MacBook Neo oleh Apple sebagai satu kejutan besar kepada industri komputer peribadi (PC) global.

Menurut beliau, langkah Apple memperkenalkan komputer riba pada harga lebih rendah daripada kebiasaan sesuatu yang tidak dijangka kerana syarikat itu selama ini terkenal dengan produk dalam kategori premium.

MacBook Neo dilaporkan ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif, malah model paling mahalnya masih berada dalam julat harga yang lebih rendah berbanding beberapa produk premium Apple lain. Strategi ini dilihat berpotensi memberi tekanan kepada pengeluar komputer Windows seperti ASUS, Acer, Dell dan Lenovo.

Industri PC Sedang Menilai Strategi Baharu

S.Y. Hsu turut menyatakan bahawa pemain utama industri seperti Microsoft, Intel, AMD serta pengeluar PC lain kini sedang menilai langkah yang perlu diambil bagi menghadapi persaingan daripada MacBook Neo.

Namun cabaran utama ketika ini ialah harga komponen RAM yang semakin meningkat akibat kekurangan bekalan global, yang dijangka hanya akan stabil dalam beberapa tahun akan datang. Keadaan ini menyukarkan pengeluar PC untuk menawarkan laptop pada harga serendah yang dilakukan oleh Apple.

Kekangan Pada MacBook Neo

Walaupun menarik dari segi harga, MacBook Neo turut mempunyai beberapa kekangan dari sudut spesifikasi. Antaranya:
  • Hanya dilengkapi 8GB RAM sebagai konfigurasi asas
  • RAM tidak boleh dinaik taraf oleh pengguna selepas pembelian

Menurut Hsu, spesifikasi tersebut menjadikan MacBook Neo lebih sesuai untuk penggunaan asas seperti melayari internet, menonton video dan kerja ringan, berbanding tugasan berat seperti penyuntingan video atau pembangunan perisian.

Strategi Baharu Apple

Pelancaran MacBook Neo dilihat sebagai strategi Apple untuk menembusi pasaran laptop mampu milik, sekali gus membuka segmen pengguna baharu yang sebelum ini memilih komputer Windows kerana faktor harga.

Jika strategi ini berjaya, MacBook Neo berpotensi mengubah lanskap persaingan industri komputer global dalam beberapa tahun akan datang.





Post a Comment

0 Comments