Ketegangan geopolitik Timur Tengah kini memasuki fasa lebih berbahaya apabila seorang pegawai Reuters memetik sumber Pakistan mendakwa bahawa Israel merancang untuk membunuh dua tokoh penting Iran — Menteri Luar Negeri Abbas Araghchi dan Speaker Parlimen Mohammad Bagher Ghalibaf.
Menurut sumber tersebut, perisikan Pakistan berjaya memperoleh koordinat pergerakan kedua-dua pemimpin ini, yang didakwa menjadi sasaran operasi pembunuhan oleh Israel. Maklumat itu kemudiannya disampaikan kepada Amerika Syarikat sebagai amaran kritikal terhadap risiko eskalasi besar.
Apa yang lebih membimbangkan, Pakistan memberi amaran bahawa sekiranya kedua-dua tokoh utama ini dibunuh, Iran berpotensi jatuh sepenuhnya ke tangan kumpulan garis keras dalam Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC). Ini bermaksud sebarang ruang diplomasi akan tertutup rapat, sekali gus meningkatkan risiko perang terbuka di rantau tersebut.
Difahamkan, selepas menerima maklumat ini, pihak Amerika Syarikat segera campur tangan bagi menghalang Israel daripada meneruskan operasi tersebut satu langkah yang dilihat sebagai usaha mengelakkan konflik besar yang boleh mencetuskan perang serantau.
⚠️ ANALISIS: DUNIA DI AMBANG KONFLIK BESAR?
Jika dakwaan ini benar, ia menunjukkan betapa hampirnya Timur Tengah dengan titik “no return”. Pembunuhan tokoh diplomatik seperti Araghchi bukan sahaja akan mencetuskan tindak balas keras dari Iran, malah membuka jalan kepada dominasi penuh puak militan dalam struktur kuasa negara itu.
Situasi ini juga mencerminkan ketegangan kompleks antara sekutu Barat sendiri apabila AS dilihat terpaksa “menahan” Israel demi kestabilan geopolitik global.
Buat masa ini, tiada pengesahan rasmi daripada Israel atau Washington. Namun laporan ini sudah cukup untuk menggoncang landskap keselamatan antarabangsa.

0 Comments