Khairy Jamaluddin sekali lagi buktikan dia masih “sharp” walaupun sedang rayu masuk semula UMNO. Bekas Menteri Kesihatan yang kini berada di luar politik parti utama ini tidak segan silu melontarkan kritikan pedas terhadap pembangkang hari ini – yang katanya merupakan pembangkang paling tidak berguna pernah wujud di Malaysia.Dalam kenyataan sinisnya, Khairy menyorot dua isu besar yang sepatutnya menjadi “pentas emas” untuk pembangkang bersinar sebagai semak dan imbang:
- Krisis tenaga global akibat konflik berterusan di Asia Barat (Timur Tengah) yang sudah mula menolak harga minyak mentah naik.
- Dakwaan sensasi Victor Chin yang mendakwa memberi RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR pada 18 Oktober tahun lepas, dengan janji akan selesaikan masalah “mafia korporat” yang dihadapinya.
Menurut Khairy, walaupun peluang untuk menyerang kerajaan begitu terbuka luas, pembangkang hari ini “terlalu bodoh dan tidak cekap” untuk mengambil kesempatan. Beliau menambah dengan pedas:
“Kita benar-benar mempunyai pembangkang yang paling tidak berguna sekarang… berharap untuk menang sendiri tanpa buat apa-apa bukanlah strategi yang meyakinan.”
Khairy juga secara terang-terangan menyindir Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (yang bergelar jurutera aeronautik):
“Anda mengatakan anda seorang jurutera aeronautik, tetapi anda tidak mempunyai pendapat tentang apa-apa isu yang penting.”
Padahal, minggu lalu Samsuri hanya mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan tubuhkan forum atau majlis rundingan non-partisan untuk tangani impak kenaikan harga minyak. Bagi Khairy, itu bukan cukup. Pembangkang sepatutnya lebih agresif, lebih lantang, dan lebih tajam.
Dakwaan Victor Chin – Bom Yang Belum Meletup?
Ahli perniagaan Victor Chin memberi tempoh hingga 30 Mac ini untuk wang RM9.5 juta dikembalikan, atau beliau akan dedahkan nama Ahli Parlimen PKR terlibat. Setakat ini, tiada siapa dari pihak pembangkang (mahupun kerajaan) yang benar-benar tekan isu ini habis-habisan.
Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan (naib presiden PKR) terpaksa keluar nafi sekeras-kerasnya. Beliau dakwa tidak pernah jumpa Victor Chin, tidak terima apa-apa wang, dan tuding jari ke arah bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli sebagai dalang penyebaran naratif kotor ini. Ramanan juga kata beliau tak mahu “bebankan” Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan isu ini kerana PM sedang fokus pada agenda ekonomi dunia.
Khairy pula bertanya soalan yang tajam:
“Siapa yang menyokong orang ini untuk menjadi ahli parlimen pada pilihan raya yang lalu? Jangan rasa diri lebih baik dari orang lain sekarang apabila anda tidak mendapat sokongan.”
Pembangkang yang efektif bukan yang hanya tunggu kerajaan jatuh sendiri. Ia perlu proaktif, tajam, dan berani angkat isu-isu berat walaupun ia melibatkan pihak sendiri. Setakat ini, Khairy nampak seperti satu-satunya suara “independent” yang masih berani cakap terus terang walaupun dia sendiri sedang dalam proses “balik kampung” ke UMNO.
Sekarang kita tunggu saja sama ada Victor Chin benar-benar dedahkan nama “Mr R” selepas 30 Mac, atau isu ini akan mati begitu saja macam banyak skandal lain di Malaysia.
Sumber : Mkini
0 Comments