Apa ni MR.DIY ?! - Terperangkap Dalam Gelap!, Staf Mr DIY Tutup Lampu & Kunci Pintu Pukul 9:45 Malam Tanpa Notis!

Luahan Mangsa | Baru-baru ni saya ada pengalaman yang agak mengecewakan ketika shopping di MR.DIY.Waktu tu baru pukul 9:45 malam, kedai masih ramai customer, tapi tanpa apa-apa notis atau announcement, staff terus tutup lampu dan lock pintu masuk. 

Tak ada sesiapa pun yang check atau tanya ada customer lagi ke tidak.Saya terpaksa telefon suami untuk minta staff buka pintu. Bila suami sampai, staff datang tanpa sebarang permohonan maaf. Bayangkan kalau saya tak bawa telefon masa tu, mungkin terperangkap dalam kedai gelap.

MR.DIY memang terkenal dengan harga murah dan pelbagai barang, tapi service pelanggan tetap penting. Kedai biasanya beroperasi sehingga 10 malam, jadi harap staff boleh lebih prihatin dan semak dulu sebelum tutup lampu & kunci pintu.

Semoga MR.DIY boleh improve customer service mereka supaya pengalaman shopping lebih selesa untuk semua.


Sumber : Threads





Post a Comment

0 Comments