Portal Halal Malaysia melaporkan sebuah syarikat kopi beralamat di Melaka, Heng Loong Coffee Sdn Bhd tersenarai dengan status “Sijil Telah Ditarik Balik”.
Platform rasmi di bawah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mencari direktori halal.
MalaysiaGazette melaporkan sebuah kilang memproses kopi di Melaka ditarik sijil halal selepas dipercayai menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi dalam operasi pembersihan peralatan.
Keputusan itu dibuat selepas analisis oleh Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) pada Mac lalu mengesahkan berus berkenaan mempunyai ciri fizikal bulu babi, sekali gus melanggar piawaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Kejadian terbongkar selepas pemeriksaan halal dilakukan Bahagian Pengurusan Halal, JAIM Januari lalu mendapati pekerjanya menggunakan berus diperbuat daripada bulu haiwan untuk membersihkan peralatan kilang

0 Comments