Baru-baru ini, isu BYD dan rancangan pemasangan kereta CKD di Tanjung Malim menjadi perbualan hangat di kalangan peminat kereta elektrik (EV) di Malaysia. Ramai yang berharap dapat memiliki EV murah dari China tiba-tiba kecewa apabila Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meletakkan syarat yang agak ketat untuk projek itu.
Menurut laporan, BYD yang merancang memulakan operasi CKD di Tanjung Malim pada 2026 menghadapi syarat utama:
Hanya 20% pengeluaran boleh dijual di pasaran tempatan, manakala 80% lagi perlu dieksport. Selain itu, harga minimum untuk model CKD yang dijual di Malaysia ditetapkan sekitar RM100,000 (bukan RM200,000 seperti yang tersebar awal).
Ini bermakna BYD tidak boleh bawa masuk model EV murah yang ramai orang impikan, seperti yang boleh dijual di bawah RM80,000.Kenapa MITI buat begini?
Dasar ini bukan khusus untuk BYD sahaja, malah diguna pakai kepada semua pelabur CKD baharu. Tujuannya adalah untuk melindungi ekosistem industri automotif Malaysia yang sudah sedia ada. Ribuan pekerjaan dalam kalangan vendor, pembekal alat ganti dan industri sokongan bergantung kepada syarikat tempatan seperti Proton dan Perodua.
Kalau EV murah dari China dibanjiri pasaran tanpa kawalan, harga jualan semula kereta tempatan boleh merosot teruk, dan banyak syarikat kecil-kecilan mungkin gulung tikar.MITI juga mahu memastikan pelaburan CKD bukan sekadar “skru dan pasang” (screwdriver factory), tapi melibatkan aktiviti bernilai tinggi seperti badan kereta, cat dan trim di Malaysia.
Matlamat jangka panjang adalah menjadikan negara kita sebagai hab EV serantau yang mampan, bukan sekadar pasaran murah untuk import.Di satu pihak, pengguna biasa berasa kecewa kerana peluang memiliki EV berpatutan semakin jauh. Subsidi petrol yang besar boleh dikurangkan jika ramai beralih kepada EV, tapi syarat ini nampak seperti menghalang persaingan sihat.
Di pihak lain, ada yang bersetuju bahawa tanpa perlindungan, industri automotif negara boleh hancur seperti yang berlaku di beberapa negara lain yang membiarkan price war tanpa kawalan.Secara keseluruhannya, isu ini adalah trade-off klasik antara kepentingan pengguna jangka pendek dengan pembangunan industri jangka panjang.
Sama ada BYD akan teruskan pelaburan atau tidak, masih belum jelas. Buat masa ini, peminat EV di Malaysia terpaksa tunggu lebih lama untuk melihat EV murah CKD benar-benar tiba di pasaran.
Apa pendapat anda? Adakah anda sokong dasar MITI untuk lindungi industri tempatan, atau lebih suka EV murah segera? Kongsi di ruangan komen di bawah.
0 Comments