Iran Ugut Tingkat Uranium Tahap Nuclear Jika US Serang Lagi — Perang Nuclear Bakal Meletus?

Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat kembali memuncak apabila parlimen Iran memberi bayangan bahawa mereka bersedia mempertimbangkan penghasilan bahan nuklear bertaraf senjata nuclear sekiranya Washington melancarkan serangan baharu terhadap negara itu.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara Parlimen Iran, Ebrahim Rezaei, dilaporkan berkata Iran akan mempertimbangkan untuk meningkatkan tahap pengayaan uranium sehingga 90 peratus jika Amerika Syarikat terus meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap Tehran.

Untuk rekod, loji tenaga nuklear biasa hanya memerlukan uranium diperkaya sekitar 3 hingga 5 peratus. Namun, bagi penghasilan senjata nuklear, tahap pengayaan sekitar 90 peratus diperlukan, sekali gus mencetuskan kebimbangan besar komuniti antarabangsa.

Kenyataan itu muncul selepas laporan media Amerika mendakwa Donald Trump sedang mempertimbangkan beberapa pilihan serangan baharu ke atas Iran bagi melemahkan kedudukan rundingan negara tersebut.

Perkembangan terbaru ini dilihat sebagai satu amaran keras daripada Tehran bahawa mereka tidak akan berdiam diri sekiranya diserang sekali lagi. Dalam masa sama, penganalisis geopolitik memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif antara kedua-dua negara boleh mencetuskan konflik lebih besar di Timur Tengah.

Situasi itu juga berpotensi memberi kesan kepada pasaran minyak dunia, keselamatan laluan perdagangan antarabangsa serta kestabilan ekonomi global. Ramai pemerhati bimbang ancaman pengayaan uranium sehingga tahap senjata boleh mempercepatkan perlumbaan senjata nuklear di rantau tersebut.

Buat masa ini, belum ada pengesahan rasmi bahawa Iran benar-benar akan membina bom nuklear, namun kenyataan terbuka daripada pemimpin parlimen negara itu sudah cukup untuk meningkatkan ketegangan global.

Sumber: Laporan media antarabangsa dan kenyataan rasmi parlimen Iran.





Post a Comment

1 Comments