PKR & MADANI TUNJUK PETANDA RUNTUH - RAMANAN & FUZIAH REBUT KERUSI BATU MILIK PRABAKARAN ?

Spekulasi panas pagi ini dah buat ramai orang gelak sinis. Dua "big name" PKR — Naib Presiden R Ramanan dan Setiausaha Agung Fuziah Salleh dikatakan sedang berebut nak rebut kerusi Parlimen Batu daripada penyandang P Prabakaran.

Ini petanda putus asa kepimpinan PKR yang dah tak selesa dengan kerusi mereka sendiri.Ramanan yang baru je "lompat" dari MIC ke PKR, menang Sungai Buloh, jadi Menteri Sumber Manusia, sekarang pula nak hijrah ke Batu. Fuziah pula yang tewas teruk di Kuantan PRU15 (kalah lebih 2,800 undi) tak puas hati jadi Senator, sekarang mahu "payung terjun" balik ke Dewan Rakyat melalui kerusi selamat Tier 1.

PKR sedang makan diri sendiri.Kerusi selamat macam Batu (majoriti bukan Melayu yang tebal) jadi rebutan pemimpin tinggi sebab mereka tahu kerusi mereka sendiri semakin goyah. Sungai Buloh dan Kuantan masuk Tier 3, maksudnya memerlukan "intervensi khas". Bahasa mudah, berisiko tinggi.

Ketua Cabang PKR Batu sendiri, Asheeq Ali, dah bersuara: "Tak adil kepada anggota cabang dan ahli parlimen sedia ada." Beliau mahukan calon tempatan, bukan pemimpin pusat yang datang "curi" kerusi.Ini masalah klasik parti pemerintah yang dah hilang sentuhan akar umbi. 

Reformasi yang dilaungkan dulu sekarang jadi reformasi untuk diri sendiri rebut kerusi selamat, selamatkan jawatan, selamatkan pengaruh.

Kenapa ini isyarat buruk untuk MADANI?

Pertarungan dalaman yang terbuka menunjukkan parti tak stabil. Kalau nak bertanding pun, buat secara teratur dan hormat institusi. Ini pun dah tunjuk power struggle.

Payung terjun dari luar akan buat pengundi tempatan marah. Batu bukan kerusi kosong. Ada Prabakaran yang sedang bertugas. Tiba-tiba dua pemimpin besar datang ambil tempat.

Isyarat kepada Melayu luar bandar & semi-urban: Kalau pemimpin PKR sendiri tak percaya dengan kerusi mereka, kenapa rakyat kena percaya dengan MADANI? Kerajaan yang kononnya "peduli rakyat" tapi pemimpin sibuk selamatkan kerusi sendiri.

Rakyat bukan bodoh. Mereka nampak permainan ini. Kerusi campuran macam Batu yang dulu jadi simbol Reformasi, sekarang jadi medan rebutan jawatan.Kalau corak ini berterusan, PRU16 boleh jadi tsunami penolakan. Bukan saja Melayu yang semakin kecewa dengan ekonomi, kos sara hidup dan isu identiti, malah pengundi bukan Melayu pun mula nampak PKR tak ubah macam parti lama, berebut kuasa dan kerusi.

Ramanan dan Fuziah berebut Batu petanda simptom penyakit terminal politik MADANI hilang keyakinan, hilang akar umbi, dan semakin rakus nak selamatkan diri.




Post a Comment

0 Comments