PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim membela pendiriannya menyokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dengan syarat-syarat ketat, sambil menolak tuduhan “jual bangsa” yang dilemparkan terhadapnya.
Dalam ucapannya, Anwar menegaskan bahawa sokongannya adalah berdasarkan realiti semasa dan perubahan zaman, bukan keputusan emosional atau politik murahan.
“Memang saya setuju bagi laluan kepada UEC ini,” kata Perdana Menteri secara terus terang.
Mengapa Pendirian Berubah Selepas 30 Tahun?Anwar Ibrahim mengakui bahawa 30 tahun lalu beliau kurang bersetuju dengan UEC kerana melihatnya sebagai sistem yang tidak menghormati sepenuhnya sistem pendidikan kebangsa
“Tapi keadaan berubah. Orang Melayu pun lebih matang. Anak-anak Cina menguasai bahasa Melayu dengan baik. Ada keputusan pelajaran bahasa anak-anak Cina jauh lebih baik. 50 tahun berlalu,” jelasnya.
Syarat Ketat Yang DikenakanPerdana Menteri menekankan bahawa sokongan ini bukan sokongan terbuka tanpa kawalan. Beberapa syarat ketat telah ditetapkan:
- Mesti lulus Bahasa Melayu peringkat kepujian
- Mesti lulus mata pelajaran Sejarah
- Hanya pelajar cemerlang (contoh: dapat 10A) layak masuk secara langsung ke institusi awam
“Kalau dulu no way, tak ada discussion. Sekarang kita kenakan syarat,” tegas Anwar.
Anwat menolak dakwaan bahawa pengiktirafan UEC akan mengurangkan kuota pelajar Melayu.
“Ini bukan ambil daripada Cina dan potong yang Melayu. Ini hanya yang paling pintar yang dapat 10A. Anak Melayu ke anak Cina, kalau dapat 10A, bagilah direct masuk,” katanya.
Anwar turut memberikan perspektif angka. Anggaran pelajar UEC yang akan masuk universiti awam hanya sekitar 10,000 orang setahun. Berbanding keseluruhan kemasukan pelajar sebanyak 100,000 orang setahun. Merangkumi pelajar Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun dan pelbagai kaum lain.
Anwar turut menunjukkan bahawa isu UEC bukan lagi isu parti tunggal:
“UEC itu UMNO pun kata okey, PAS pun kata okey, Perikatan Nasional pun kata okey. Tapi yang kena maki saya.”
Beliau kesal kerana isu ini sengaja dijadikan bahan serangan politik dan sentimen perkauman. Anwar Ibrahim berharap isu pendidikan tidak lagi dieksploitasi untuk memecah-belahkan rakyat. Beliau menyeru semua pihak melihat isu ini dengan kematangan dan berdasarkan merit serta keadilan.
“Orang Melayu kena berani bersaing secara sihat berasaskan merit dan kerja keras,” ujarnya.
0 Comments