Pakatan Harapan (PH) kini disebut-sebut berkemungkinan menyertai pentadbiran Negeri Sembilan dalam pembentukan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang masih dipercayai peringkat rundingan.
Jika benar, ia mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hala tuju kerajaan baharu di negeri itu.
Jika menjadi kenyataan, langkah itu dilihat bakal membuka lembaran baharu politik Negeri Sembilan menerusi pendekatan yang lebih inklusif, selari dengan semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan walaupun sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi mengenainya.
PH yang memenangi 11 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dilihat masih mempunyai kekuatan politik yang signifikan, pelbagai andaian mengenai kemungkinan peranan gabungan itu dalam pentadbiran negeri.
Dakwaan PH sertai barisan Exco tidak berasas, sengaja mahu laga-lagakan BN-PN – ADUN BN
Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan kononnya Pakatan Harapan (PH) akan menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan.
ADUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli berkata, dakwaan tersebut tidak berasas dan sengaja ditimbulkan bagi melaga-lagakan BN dengan Perikatan Nasional (PN) yang baharu membentuk kerajaan negeri.
Menurutnya, dakwaan seperti itu hanya sengaja ditimbulkan untuk melaga-lagakan BN dan PN serta menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang berjaya dibentuk dengan majoriti dua pertiga.
ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berkata, jika benar PH sertai barisan Exco, tiada gunanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan.
ADUN Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman berpendapat, dakwaan itu sengaja ditimbulkan bertujuan mewujudkan ketidakstabilan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini.
Saiful Yazan berharap semua pihak memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.
Beliau turut mengingatkan bahawa rakyat Negeri Sembilan telah membuat pilihan dan semua pihak seharusnya memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri, bukannya terus berpolitik.
– MalaysiaGazette
1 Comments
Tak pelik jika benar rumour tu sbb orang Pn katanya tak setuju andai Pn-Bn menang pru16 utk sokong samada zahid atau matsan jadi pm atas sebab yg bersebab yg tak kurang dari 47 sebab².
ReplyDeleteByk orang kata orang lebih suka hishamuddin hussin, dia senior yg paling clean dikalangan orang umno yg semua orang tahu apa yg orang tahu.
Lagi pula dia mesra semua, sentiasa senyum, so boleh dibuat posterboy la ..
Btw bn pun dah serba salah, moral ph dah teruk, kalu zahid kekal bawa bn bersama ph lagi teruk ph kena bantai,.. nak main solo.. haprak la jawab dia dinegeri selain johor..