🔥 Jerebu Makin Teruk! 36 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat, Kemaman Cecah 146

Keadaan jerebu di Malaysia semakin merosot petang ini apabila 36 stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang, meningkat daripada 33 kawasan pada jam 2 petang.

Bacaan tertinggi direkodkan di Johan Setia, Selangor dengan IPU 176, diikuti IPD Serian, Sarawak (175), Nilai, Negeri Sembilan (174) dan Pasir Gudang, Johor (173).

Di Terengganu pula, Kemaman mencatat IPU 146, manakala Kuala Terengganu mencapai 135. Kedua-duanya kini berada dalam kategori tidak sihat.

Antara kawasan yang baharu memasuki kategori ini ialah Minden (128) dan Balik Pulau (117) di Pulau Pinang, serta Samalaju, Sarawak (116). 

Menurut klasifikasi APIMS, IPU 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat. Orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, menutup tingkap dan menggunakan pelitup muka yang sesuai seperti N95 bagi mengurangkan pendedahan kepada zarah halus.

Sumber: Awani, SH

Post a Comment

0 Comments

Teruskan membaca
Memuatkan lagi artikel...