Panas! Najib Dibenarkan Jalani Baki Hukuman Di Rumah? Hannah Yeoh Kantoi?


Perkembangan terbaharu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membuat keputusan berhubung permohonan pengampunan beliau.

Menurut kenyataan rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, pada 18 September 2026, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib.

Di bawah keputusan itu, baki hukuman beliau dibenarkan dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Denda RM50 juta menjadi syarat

Antara syarat utama yang dinyatakan ialah Najib perlu membayar denda sebanyak RM50 juta. Kenyataan rasmi itu turut menyebut beliau perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan sepanjang menjalani tahanan di rumah.

Sekiranya mana-mana syarat tersebut tidak dipatuhi, pengampunan bersyarat itu akan terbatal dan baki hukuman perlu diteruskan di penjara.

Keputusan dibuat dalam mesyuarat ke-64

Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung pada 18 September 2026. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dihadiri antaranya Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh.

Permohonan Najib sebelum ini telah ditangguhkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ke-63 pada 11 September lalu untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat seterusnya.

Hannah Yeoh Tipu?

Perkembangan hari ini turut mengembalikan perhatian kepada kenyataan Hannah Yeoh sebelum mesyuarat berlangsung. Pada awal 18 September, Hannah menafikan bahawa beliau pernah menandatangani dokumen perintah tahanan rumah Najib yang tersebar di media sosial.

Beliau menyifatkan dokumen tersebut sebagai palsu dan memaklumkan bahawa Lembaga Pengampunan belum bersidang ketika dokumen berkenaan tular. Setiausaha akhbarnya juga dilaporkan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.

Hannah kemudian hadir ke Istana Negara

Beberapa jam selepas itu, Hannah dilaporkan hadir ke Istana Negara sekitar 7.48 pagi bagi menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64. Hannah kemudian meninggalkan Istana Negara kira-kira 9.42 pagi tanpa memberikan kenyataan kepada media.

Perkara ini menjadi perhatian kerana Hannah merupakan salah seorang anggota Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan. Namun, kenyataan rasmi mengenai keputusan pengampunan datang daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah meninggalkan persoalan getir untuk DAP dan Hannah Yeoh.

Walaupun dokumen yang sebelum ini tular dan dinafikan Hannah bukan dokumen yang menjadi asas kepada pengumuman rasmi hari ini, ia telah memberi impak kepada DAP dan Hannah Yeoh sendiri secara tidak langsung. Adakah hannah yeoh berbohong?

Pada awal pagi, Hannah menjelaskan bahawa dokumen tahanan rumah yang tular adalah palsu dan Lembaga Pengampunan belum bersidang ketika dokumen itu muncul.

Tidak lama selepas mesyuarat berlangsung, kenyataan rasmi kerajaan pula mengesahkan bahawa pengampunan bersyarat memang telah diberikan dan baki hukuman Najib boleh dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Perkembangan ini masih menjadi perhatian ramai kerana keputusan rasmi hari ini berlaku selepas beberapa hari spekulasi dan penularan dokumen tidak sah di media sosial.



Post a Comment

0 Comments

Teruskan membaca
Memuatkan lagi artikel...