Belanjawan 2027: Apa yang menarik perhatian Netizen??



Belanjawan 2027 dibentangkan pada 9 Oktober 2026 dengan jumlah keseluruhan RM459.8 bilion. Antara pengumuman paling besar ialah kenaikan gaji minimum, bantuan STR/SARA, pelepasan cukai individu dan bantuan khas penjawat awam.

Berikut senarai mengikut kumpulan supaya mudah nampak siapa yang mendapat manfaat dan perkara yang perlu diberi perhatian.

BANkami | Inti Pati Belanjawan 2027
BANkami
MEDIA RETORIK
INTI PATI BELANJAWAN 2027
BELANJAWAN 2027

APA YANG PMX BENTANGKAN?

RM459.8 bilion

Belanjawan 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”. Ini ringkasan pengumuman utama yang dilaporkan Bernama pada 9 Oktober 2026.

BANTUAN RAKYAT

STR NAIK KEPADA RM16 BILION

RM16 bilion

Peruntukan STR meningkat daripada RM15 bilion. Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun; kira-kira 9 juta penerima mendapat manfaat.

SARA UNTUK DEWASA

13 JUTA RAKYAT TERIMA SARA

RM100

Sekitar 13 juta rakyat berumur 18 tahun ke atas, termasuk golongan M40, menerima SARA RM100 sebelum Aidilfitri dan menjelang Hari Kebangsaan.

KOS SARA HIDUP

JUALAN RAHMAH & AGRO MADANI

RM750 juta

Peruntukan bagi Jualan Rahmah dan Jualan Agro MADANI dengan sasaran 35,000 penganjuran. Termasuk 30,000 Jualan Rahmah dan 5,000 Jualan Agro MADANI.

GAJI MINIMUM

KADAR BAHARU RM2,000

Jun 2027

Gaji minimum dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan, berkuat kuasa Jun 2027.

CUKAI INDIVIDU

HAD PELEPASAN DITAMBAH

RM12,000

Had pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000. Pelepasan turut diperluas kepada perkhidmatan penjagaan selepas bersalin dan tuisyen anak.

PEKERJA GIG

PAKEJ BANTUAN BAHARU

RM160 juta

Kerajaan dan Grab membiayai pakej untuk meningkatkan pendapatan bersih serta kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing mulai 2027. Turut diumumkan insentif padanan PERKESO dan KWSP.

RUMAH PERTAMA

JAMINAN PEMBIAYAAN SJKP

RM20 bilion

Skim Jaminan Kredit Perumahan menyediakan jaminan pembiayaan bagi membantu 80,000 pembeli rumah pertama. Kerajaan turut bercadang memberi pengecualian penuh duti setem bagi rumah pertama sehingga RM500,000.

SABAH & SARAWAK

PERUNTUKAN NEGERI

RM18.7b / RM16.2b

Sabah menerima peruntukan RM18.7 bilion manakala Sarawak RM16.2 bilion. RM3.3 bilion turut diperuntukkan untuk projek jalan raya di Sabah dan Sarawak.

PENDIDIKAN

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

RM200

Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid, dengan 5.3 juta murid dijangka layak.

KESIHATAN & OKU

BANTUAN DAN PERUNTUKAN

RM47.7 bilion

Peruntukan Kementerian Kesihatan meningkat kepada RM47.7 bilion. Bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik naik daripada RM500 kepada RM600 sebulan; Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas naik daripada RM150 kepada RM200 sebulan.

WARGA EMAS

BANTUAN DIPERTINGKAT

RM1.3 bilion

Peruntukan bantuan warga emas meningkat kepada RM1.3 bilion, memanfaatkan hampir 200,000 penerima. Cukai perkhidmatan jagaan warga emas diturunkan kepada 6% mulai 1 Januari, dengan pengecualian yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun.

PENDIDIKAN TINGGI

PTPTN & FLYSISWA

RM500

Penangguhan bayaran balik PTPTN ditawarkan kepada peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan. Bantuan tiket FlySiswa MADANI 2027 dinaikkan daripada RM400 kepada RM500 untuk lebih 60,000 penuntut IPTA.

USAHAWAN

TEKUN & GERAN HALAL

RM1.3 bilion

Dana pembiayaan TEKUN ditingkatkan kepada RM1.3 bilion. PMKS yang mendapatkan sijil halal kali pertama boleh menerima geran padanan sehingga RM5,000.

DESA & INFRASTRUKTUR

JALAN DESA DAN KEMUDAHAN ASAS

RM2.3 bilion

Peruntukan projek jalan desa meningkat kepada RM2.3 bilion. RM3.3 bilion disediakan bagi prasarana asas desa termasuk lampu jalan kampung, kemudahan komuniti, air bersih dan elektrik.

PERBELANJAAN KERAJAAN

MENGURUS & PEMBANGUNAN

RM376.8b + RM83b

Daripada Belanjawan 2027 berjumlah RM459.8 bilion, RM376.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion untuk pembangunan.

SOKONGAN LAIN

SUBSIDI, BANTUAN & INSENTIF

Lebih RM80 bilion

Kerajaan memperuntukkan lebih RM80 bilion untuk subsidi, bantuan dan insentif pada 2027, termasuk subsidi bahan api sekitar RM40 bilion.

PENJAWAT AWAM

BANTUAN KHAS KEWANGAN

RM1,500

Diumumkan untuk 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak. Bayaran dibuat dua kali: sebelum Aidilfitri dan sempena ambang tujuh dasawarsa merdeka.

PESARA KERAJAAN

BANTUAN KHAS PESARA

RM750

Bantuan khas untuk lebih satu juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen. Pembayaran dibuat dalam dua fasa seperti yang diumumkan.

KUARTERS PENJAWAT AWAM

BINA & SELENGGARA

RM2.3 bilion

Peruntukan untuk membina dan menyelenggara kuarters penjawat awam termasuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba. Bahagian Pengurusan Hartanah dinaik taraf menjadi Jabatan Hartanah Negara.

KEMAJUAN KERJAYA

KENAIKAN PANGKAT KHAS KUP

12,000 pegawai

Kenaikan pangkat one-off secara Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada 12,000 pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi mengiktiraf pegawai cemerlang yang menunggu kenaikan pangkat akibat kekangan perjawatan.

CUTI BERSALIN

KELAYAKAN SEPANJANG PERKHIDMATAN

490 hari

Kelayakan cuti bersalin terkumpul sepanjang perkhidmatan dinaikkan daripada 360 kepada 490 hari, dengan maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran. RM20 juta disediakan untuk menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.

PENCEN MINIMUM

KADAR BAHARU

RM1,350 sebulan

Kadar pencen terendah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350, memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan.

ELAUN SUKARELAWAN

KADAR SEJAM DINAIKKAN

RM9 – RM10.80

Elaun anggota RELA, bomba bantuan, sukarelawan polis dan pertahanan awam dinaikkan kepada RM9 sejam bagi petugas sukarelawan dan RM10.80 sejam bagi penyelia. Peruntukan RM339 juta dijangka memanfaatkan hampir 50,000 sukarelawan.

EX-GRATIA WARIS

BAYARAN PUKAL ONE-OFF

Sehingga RM50,000

Faedah Ex-Gratia Waris Pukal dinaikkan daripada RM20,000 kepada maksimum RM50,000, tertakluk pada tempoh perkhidmatan.

KONTRAKTOR BUMIPUTERA

PERUNTUKAN KERJA KHAS

RM7.5 bilion

Perolehan khas kontraktor Bumiputera G1 hingga G4 dilaporkan dinaikkan kepada RM7.5 bilion.

USAHAWAN & PMKS

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN

RM57 bilion

Pembiayaan melalui pinjaman dan jaminan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana dilaporkan dinaikkan kepada RM57 bilion.

TERAJU

PEMBIAYAAN USAHAWAN BUMIPUTERA

Sehingga RM1 bilion

Dana pembiayaan TERAJU untuk menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan Bumiputera.

PEKERJA GIG

PAKEJ SOKONGAN BAHARU

RM160 juta

Kerajaan dan Grab membiayai pakej untuk meningkatkan pendapatan bersih serta kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing bermula 2027. Turut diumumkan insentif padanan PERKESO dan KWSP.

PERLINDUNGAN SOSIAL

CARUMAN PADANAN

Sehingga RM600 setahun

Caruman padanan KWSP sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup untuk pemandu e-hailing dan p-hailing. BSN dan Agrobank menyediakan RM270 juta untuk pekerja gig yang mahu berniaga atau membeli rumah pertama.

SABAH & SARAWAK

PERUNTUKAN PERSEKUTUAN

RM18.7b / RM16.2b

Sabah menerima RM18.7 bilion manakala Sarawak RM16.2 bilion. RM3.3 bilion diperuntukkan bagi projek jalan raya di kedua-dua negeri.

TENAGA CEKAP

REBAT NUR MADANI

Sehingga RM200

Rebat bagi pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga untuk membantu mengurangkan penggunaan elektrik isi rumah.

EKONOMI NEGARA

UNJURAN PERTUMBUHAN 2027

4.2% – 5.2%

Pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjurkan antara 4.2 hingga 5.2 peratus pada 2027. Defisit fiskal disasarkan turun kepada 3.3 peratus KDNK.

SEMAK SUMBER

RUJUK PENGUMUMAN RASMI

Bernama + MOF

Slaid ini diringkaskan daripada inti pati Belanjawan 2027 yang dilaporkan Bernama. Untuk syarat penuh dan butiran rasmi, rujuk portal Belanjawan Kementerian Kewangan.

1 / 34