Cubaan Denmark Sisihkan Microsoft Office, GAGAL. Open Source Projek Hampa

Usaha Denmark untuk mengurangkan kebergantungan kepada Microsoft Office berakhir tanpa diteruskan. Projek percubaan yang sepatutnya menguji alternatif Open Sources dihentikan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang cabaran menukar perisian yang sudah lama digunakan.

Menurut laporan Neowin pada 24 Oktober 2026, Kementerian Pendigitalan Denmark sebelum ini menguji perisian Collabora sebagai alternatif kepada Microsoft Office. Neowin

Mengapa Denmark Mahu Tinggalkan Microsoft?

Usaha itu sebahagian daripada matlamat Denmark untuk meningkatkan kedaulatan digital, iaitu mengurangkan kebergantungan terhadap penyedia teknologi asing dan mempunyai lebih banyak kawalan terhadap infrastruktur digital sendiri.

Pada 2025, seramai 38 kakitangan kementerian terlibat dalam percubaan menggunakan Collabora, perisian pejabat open sources yang boleh digunakan untuk menghasilkan dokumen, hamparan dan pembentangan.

Masalah Format Dokumen Jadi Cabaran?

Sepanjang percubaan, terdapat laporan mengenai masalah keserasian dokumen, termasuk halaman kosong dan isu pemformatan apabila fail dibuka menggunakan perisian yang berbeza.

Microsoft Office menggunakan format dokumen OOXML, manakala Collabora menyokong format OpenDocument. Pertukaran antara format ini boleh menimbulkan masalah tertentu, terutama bagi dokumen yang mempunyai susun atur kompleks atau fungsi khusus.

Masalah teknikal yang dilaporkan itu tidak pernah dinilai secara rasmi dalam projek berkenaan. Oleh itu, tidak dapat dipastikan sejauh mana masalah tersebut dapat diselesaikan atau menjadi faktor utama projek tidak diteruskan.

Microsoft Office Masih Digunakan

Projek percubaan itu dihentikan selepas pilihan raya diadakan pada 2026, dan kementerian mengesahkan bahawa ia tidak mempunyai rancangan untuk menyambung semula ujian tersebut.

Ini bukan bermaksud seluruh Denmark membatalkan rancangan nasional untuk meninggalkan Microsoft Office. Laporan berkenaan merujuk kepada projek percubaan di sebuah kementerian, bukannya keputusan untuk menghentikan Microsoft Office di seluruh negara. Ibest

Kes Denmark menunjukkan bahawa menukar perisian bukan sekadar soal harga lesen atau memilih alternatif percuma. Organisasi juga perlu mempertimbangkan keserasian dokumen, sistem sedia ada, latihan kakitangan dan sokongan teknikal.

Perisian sumber terbuka boleh menjadi pilihan yang berguna, tetapi ujian dan penilaian menyeluruh penting sebelum perubahan dilaksanakan secara besar-besaran.

Persoalannya, mampukah organisasi meninggalkan Microsoft Office tanpa mengganggu kerja harian mereka? Itulah cabaran masyarakat kini, terbergantungan terhadap teknologi yang disediakan pelabur utama projek greater israel.

Sumber: Neowin, iBestuur dan Computerworld Denmark.

......

Komen Anonymous dibenarkan, Mohon Komen Murni Sahaja