Eh, ini dah lain macam. Penyokong PAS melaka dah sedia undi Dacing?
PAS kini menyatakan mereka sedia menggunakan logo Barisan Nasional (BN) untuk PRN Melaka jika kerjasama antara kedua-dua parti tercapai. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata PAS boleh menggunakan logo sendiri atau logo BN, bergantung kepada hasil rundingan yang sedang berjalan.
Maksudnya?
Bulan mungkin tak semestinya muncul di Melaka. Dacing pun boleh. Tapi belum confirm lagi.
PAS memang nak rapat dengan UMNO
Pagi tadi, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, pula berkata PAS perlu memberi fokus kepada kerjasama dengan UMNO selepas PN digantung. Beliau mahu rundingan PAS-UMNO diteruskan, khususnya untuk menghadapi PRN Melaka.
Hashim juga berkata PAS tidak bersedia bergerak solo untuk PRU16. Jadi sekarang mesej PAS agak jelas.
PN tunggu dan lihat. UMNO pula diajak berbincang.
BN dah setuju bagi logo? Belum....
BN masih belum memuktamadkan bentuk kerjasama atau siapa rakan strategiknya untuk PRN Melaka. Sebelum ini Ahmad Zahid Hamidi memang berkata BN akan mempertimbangkan cadangan PAS bertanding menggunakan logo BN, tetapi keputusan perlu melalui rundingan dan kepimpinan tertinggi UMNO serta BN.
Rundingan BN dengan parti-parti lain pula ditangguhkan ke minggu depan. Jadi buat masa ini:
PAS: “Kami sedia guna logo BN.”
BN: “Kita bincang dulu.”
Itu status sebenar.
Bersatu pula ke mana?
Ini yang buat PRN Melaka makin complicated. Bersatu sebelum ini menyatakan mereka bersedia bertanding solo menggunakan logo sendiri, tetapi pada masa sama mereka juga terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti.
PH pula masih berunding dengan pelbagai pihak termasuk Bersatu. Amirudin Shari memberi bayangan pada 1 Oktober bahawa mungkin ada perkembangan dalam rundingan PH-Bersatu minggu depan.
DAP Melaka pula secara terbuka menolak kemungkinan pakatan pilihan raya PH-Bersatu. Satu pihak nak bincang. Satu pihak kata tak nak. Tapi, apa function Bersatu dalam PH? Mampukah tarik undi melayu?
Jadi sekarang ada berapa formula?
Setakat ini, beberapa kemungkinan masih terbuka:
PAS + UMNO/BN — rundingan berjalan.
Bersatu + PH — rundingan masih berjalan.
Bersatu solo — masih menjadi pilihan yang pernah diumumkan.
BN bergerak sendiri — juga belum ditutup.
Belum ada satu pun formula akhir yang boleh dianggap muktamad. SPR pula dijadualkan bermesyuarat pada 7 Oktober bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRN Melaka. Dan selepas itu, kita akan nampak siapa sebenarnya jalan dengan siapa.
Bulan ke Dacing? Atau akhirnya semua buat hal masing-masing?
Sumber:
- https://www.utusan.com.my/nasional/2026/10/pas-sedia-guna-logo-bn-abdul-hadi/
- https://www.utusan.com.my/nasional/2026/10/prn-melaka-pn-digantung-pas-fokus-kerjasama-umno/
- https://www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2026/09/27/bn-to-weigh-pas-contesting-under-coalition-logo-as-melaka-election-talks-intensify/236752
- https://bernama.com/bm/politik/news.php?id=2612441
- https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/10/01/melaka-polls-bn-pushes-alliance-talks-to-next-week-says-no-preferred-partner-yet/237208
- https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/10/01/something-next-week-amirudin-signals-movement-in-pakatan-bersatu-talks-for-melaka-polls/237261
- https://www.malaysiakini.com/news/886050-red-line-malacca-dap-rules-out-harapan-bersatu-pact-for-state-polls

......
PAS masuk BN jela senang.. PN biarkan wawasan dengan bersatu dan gerakan jer.. PN pun dah nak hangus..
Ke wawasan pun nak join sekaki.. masyk BN
Komen Anonymous dibenarkan, Mohon Komen Murni Sahaja