Dunia teknologi sekarang macam berada di dua hujung yang berbeza. Di Jepun, serangan ransomware menyebabkan sistem cloud terganggu dan menjejaskan 495 syarikat serta pihak berkuasa tempatan.
IDC Frontier, penyedia perkhidmatan cloud milik kumpulan SoftBank, mengesahkan sistem IDCF Cloud mereka menjadi sasaran serangan ransomware pada 7 Oktober.
Serangan bermula sekitar 3.40 pagi dan melibatkan kawasan data center East Japan Region 1. Menurut IDC Frontier, serangan tersebut menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan yang digunakan oleh 495 syarikat dan pihak berkuasa tempatan. Syarikat itu kemudian memutuskan rangkaian dan menghentikan sistem terjejas bagi mengelakkan kerosakan serta kebocoran data menjadi lebih besar.
Yang menarik, ini bukan sekadar laman web syarikat yang down. Beberapa perkhidmatan kerajaan tempatan dan operasi perniagaan turut dilaporkan terganggu. Inilah masalah besar apabila terlalu banyak organisasi bergantung kepada penyedia cloud yang sama. Satu serangan terhadap infrastruktur cloud boleh menyebabkan:
- laman web kerajaan tidak boleh diakses
- sistem perniagaan terganggu
- operasi logistik terhenti
- pelanggan tidak boleh mendapatkan perkhidmatan
- risiko kebocoran data perlu disiasat
IDC Frontier masih menyiasat laluan bagaimana penyerang berjaya masuk dan sama ada berlaku kebocoran maklumat. Maksudnya, buat masa ini jangan terus kata data pelanggan sudah dicuri.Siasatan masih berjalan.
Pelaburan Gila! AI Sehingga US$50 Bilion! Demi Kuasai Dunia
Kalau sebelah Jepun sedang sibuk memulihkan sistem daripada ransomware, di Amerika pula satu lagi cerita sedang berlaku. Broadcom sedang berbincang untuk mendapatkan pembiayaan lebih US$50 bilion bagi projek cip AI tersuai yang dibangunkan bersama OpenAI.
Menurut laporan The Wall Street Journal, Apollo Global Management dan Blackstone antara pihak yang sedang berbincang untuk terlibat dalam pembiayaan tersebut. Namun, rundingan masih pada peringkat awal dan jumlah akhir boleh berubah. The Wall Street Journal
Reuters pula melaporkan perkembangan ini sebagai sebahagian daripada gelombang pembiayaan besar-besaran untuk infrastruktur AI, bersama usaha Oracle dan SpaceX mendapatkan pembiayaan bagi perkakasan AI.
🤖 Cip OpenAI Menguasai Dunia
Ini bukan projek kecil. OpenAI dan Broadcom sebelum ini mengumumkan kerjasama untuk membangunkan 10 gigawatt sistem pemecut AI tersuai.
Sistem tersebut akan menggunakan cip yang direka oleh OpenAI bersama teknologi rangkaian Broadcom, dengan penggunaan dijadualkan bermula pada separuh kedua 2026 dan disasarkan selesai menjelang akhir 2029.
Pada Jun lalu, Broadcom dan OpenAI turut memperkenalkan Jalapeño, pemproses AI pertama OpenAI yang direka khusus untuk keperluan model bahasa besar. Jadi jelas, OpenAI bukan sekadar mahu menyewa lebih banyak GPU.
Mereka mahu semakin mengawal seluruh rantaian AI, daripada model → cip → sistem → pusat data.
Broadcom sendiri sudah membangunkan platform pembiayaan AI bersama Apollo dan Blackstone yang disasarkan untuk membantu menyediakan lebih 20 gigawatt kapasiti pengkomputeran AI menjelang 2028. Platform itu bermula dengan transaksi bernilai US$35 bilion.
Teknologi Sekarang Bukan Sekadar Perang AI
Dulu kita tengok OpenAI, Google, Microsoft, Anthropic dan Nvidia berlumba siapa punya AI paling hebat. Sekarang perlumbaan sudah berubah.
- Siapa ada cip?
- Siapa ada data center?
- Siapa ada elektrik?
- Siapa mampu membiayai semuanya?
- Dan siapa boleh memastikan sistem itu tidak tumbang bila diserang?
Sumber:

0 Comments