Angka ini bukan kecil. Daripada keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.3789 trilion, KWSP dianggarkan memegang sekitar RM420.6 bilion atau 30.5%. Ini bermakna sebahagian besar wang persaraan rakyat dilaburkan dalam instrumen hutang kerajaan. Dari satu sudut, pelaburan ini boleh memberikan pulangan yang stabil. Namun, dari sudut lain, ia menunjukkan betapa besarnya pendedahan dana persaraan rakyat kepada kedudukan kewangan kerajaan.
Perkara yang perlu difahami, kerajaan berhutang bukan bermaksud wang pencarum terus lesap. Hutang kerajaan ialah aset kepada pihak yang memegang sekuriti tersebut, dan kerajaan mempunyai obligasi membayar semula berserta pulangan mengikut terma pelaburan. Tetapi persoalan penting tetap ada:
- Bagaimana jika kedudukan kewangan negara semakin tertekan?
- Adakah kerajaan masih mampu memenuhi komitmen pembayaran?
- Adakah pulangan yang diterima setimpal dengan risiko?
- Dan adakah KWSP mempunyai kepelbagaian pelaburan yang mencukupi supaya simpanan rakyat tidak terlalu bergantung kepada satu pihak?
Nisbah hutang kepada KDNK turun daripada 65.2% kepada 63.1%, tetapi jumlah hutang sebenarnya meningkat daripada sekitar RM1.32 trilion kepada RM1.38 trilion. Ini menunjukkan rakyat tidak boleh menilai kedudukan kewangan negara berdasarkan nisbah semata-mata. KWSP bukan tabung untuk menampung kelemahan fiskal kerajaan, sebaliknya amanah yang perlu diurus demi masa depan pencarum. Kerajaan perlu menjelaskan bagaimana hutang digunakan, manakala KWSP perlu terus telus mengenai risiko, pulangan dan strategi pelaburannya. Simpanan persaraan rakyat bukan wang percubaan. Ia hasil titik peluh pekerja yang perlu dilindungi.
Sumber : Tiktok Morgan Sim

......
Komen Anonymous dibenarkan, Mohon Komen Murni Sahaja