Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 menyaksikan perkembangan luar biasa apabila Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya memenangi 29 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa bertanding. Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses penamaan calon selesai pada Sabtu.
Menurut SPR, seramai 168 calon disahkan bertanding dalam pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada 12 Disember 2026. GPS meletakkan calon di semua 82 kerusi, manakala Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) bertanding di 29 kerusi, Parti Bumi Kenyalang (PBK) sebanyak 17 kerusi dan DAP di 14 kerusi. Turut bertanding ialah Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak serta calon Bebas.
Daripada 53 kerusi yang masih dipertandingkan, 29 kerusi menyaksikan pertembungan satu lawan satu, 15 kerusi melibatkan pertandingan tiga penjuru dan sembilan kerusi menyaksikan persaingan empat penjuru. Ini bermakna tumpuan pengundi kini terarah kepada baki kerusi yang bakal menentukan kekuatan sebenar parti-parti politik di Sarawak.
Kemenangan tanpa bertanding ini memberikan kelebihan awal kepada GPS, tetapi ia tidak bermaksud keseluruhan mandat rakyat sudah diperoleh. Keputusan di 53 kerusi lain tetap penting untuk menentukan jumlah majoriti dan kekuatan kerajaan negeri selepas pilihan raya. Dominasi GPS mengekalkan tampuk pemerintahan secara tidak langsung melemahkan demokrasi dalam negeri sarawak. Dengan kelemahan pembangkang dalam negeri sarawak, adakah ia memberi signal baik atau keburukan dimasa hadapan?
Sumber: The Edge Malaysia / Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

......
Komen Anonymous dibenarkan, Mohon Komen Murni Sahaja