Dalam sidang Dewan Rakyat (peringkat jawatankuasa Belanjawan 2027), Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr. Ramli Mohd Nor berseloroh menyakat Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan (PH/Amanah).
Selepas Sany mengakhiri perbahasannya (yang melibatkan sindiran kepada Ahli Parlimen Besut Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang mempertahankan Takiyuddin Hassan), Ramli berkata:
“Kadang petang-petang ini mengantuk, kena dia itu. Jadi, Yang Berhormat, cukuplah. Harap penggal depan tidak adalah macam ini.”
Sany terus membalas dengan nada berseloroh:
“Pengerusi, jangan macam itu. Tak elok. Marah orang Hulu Langat nanti, Pengerusi 36(6) ini, Pengerusi. Ini sangkaan mencurigakan. Cakap siang pandang-pandang, Pengerusi.”
Ramli kemudian menjelaskan bahawa dia hanya bergurau untuk menceriakan suasana petang. Beliau akui nada Sany di awal elok, tetapi “landing” di penghujung kurang sihat. Beliau juga kata kadang-kadang perlu melawak juga, kerana kalau straight sahaja macam tunggul kayu.
Video ini merekodkan momen ringan dan lawak di Dewan Rakyat antara Speaker dan MP Hulu Langat yang dikenali dengan gaya lantang dan interaktifnya.