• Politik Terkini

    Thursday, June 2, 2016

    Dewan Ulama Kecam Kerajaan DAP Pulau Pinang Iktiraf LGBT


    Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mengecam tindakan Kerajaan DAP di Pulau Pinang kerana memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

    Ketua DUPP, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, hakikatnya negara berada dalam krisis apabila LGBT diberi perakuan atas nama hak asasi manusia.
    "Kerajaan DAP Pulau Pinang menjadi kerajaan pertama di Malaysia memberi pengiktirafan melalui Jawatankuasa Transgender negeri itu yang bermesyuarat kali pertama di Bangunan Dewan Undangan Negeri pada 17 Mei 2016. Dewan Ulama PAS mengutuk semua sokongan yang bernuansa budaya kaum Lut ini. 
    Baru-baru ini, kerajaan Pulau Pinang meluluskan penubuhan Jawatankuasa Transgender bagi membela nasib golongan berkenaan.
    Ahli Dewan Undangan Negeri  (Adun) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu merupakan pengerusi sementara jawatankuasa itu.
    Sehubungan itu, Mahfodz menyeru pemimpin khususya ulama mendampingi kelompok LGBT agar golongan itu dapat bersama PAS untuk diberikan kefahaman Islam yang sebenar.

    "Seterusnya membawa mereka kepada pemahaman Islam sebagai satu cara hidup yang boleh menyelamatkan di dunia dan akhirat," ujar Mahfodz.

    3 comments:

    1. DAP LBGT. Yang tak LBGT duk makan rasuah ni mcm mane? taknak kecam kutuk sekali ker

      ReplyDelete
    2. ISU 1MDB TAKNAK PULAK PAS BAHAS DALAM DEWAN ULAMA!!!

      ReplyDelete
    3. Tukar la lepas ni jadi Dewan Pahlawan Melayu

      ReplyDelete