Seorang lelaki warga British yang juga penghidap pedofilia mengakui melakukan serangan seks terhadap kanak-kanak seawal usia enam bulan dengan beberapa mangsanya terdiri daripada keluarga miskin di Malaysia.
Richard Huckle, 30, mengambil gambar dan rakaman video yang menunjukkan dirinya mendera kanak-kanak yang dimuat naik dalam laman web gelap.
Penyiasat menjumpai lebih 20,000 imej tidak senonoh di dalam komputer miliknya.
Malah Huckle turut menyimpan lejar berkaitan serangan yang dilakukannya dan menulis manual yang dipanggil “Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide”.
Maklumat grafik memperincikan puluhan kesalahan seksual dilakukan Huckle tersebar buat pertama kalinya pada Rabu semasa sesi pendengaran bagi menentukan hukumannya yang bermula di London.
Huckle berdepan sejumlah 91 pertuduhan termasuk 23 mangsa merupakan kanak-kanak di Kuala Lumpur di mana dia menjadi seorang guru Bahasa Inggeris.Mengambil guru bahasa inggeris dari luar untuk mengajar. Kat malaysia ni dah takde cikgu bahasa inggeris ker. Yang pelik kenapa semasa binatang ni jadi cikgu bahasa inggeris kat malaysia, tiada timbul isu ni. And kalau dia datang secara sah dan berdaftar dengan kementerian pendidikan sebagai cikgu bahasa inggeris, semestinya ia ditapis dan segala latar belakang mereka diketahui. Kementerian pendidikan perlu keluarkan kenyataan rasmi, adakah benar Huckle adalah cikgu berdaftar untuk datang mengajar.
Mangsanya berusia antara enam bulan dan 12 tahun dan kesalahan itu dilakukan antara tahun 2006 dan 2014. Pendakwa Brian O'Neill berkata pertuduhan penganiayaian termasuk mengambil gambar kanak-kanak dan memuat naik secara dalam talian.
Huckle ditahan di lapangan terbang Gatwick London pada Disember 2014 ketika pulang ke Britain dari Malaysia untuk meraikan sambutan Hari Krismas.Ni lagi satu hal, ditahan di lapangan terbang britain. Seolah malaysia tidak menyiasat pendatang asing yang keluar masuk samada mempunyai rekod baik ataupun buruk. Adakah perlu setiap cikgu menjalani ujian mental untuk menentukan seorang cikgu bebas dari penyakit mental pedofilia. Kalau merujuk pada web webmd pedofilia ditakrif sebagai mental disorder. Ia amat merbahaya dengan situasi harini PORN boleh diakses melalui telifon.
Dia pada mulanya menafikan semua 91 pertuduhan itu tetapi kemudiannya mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan semasa perbicaraan yang berikutnya.
Dakwaan itu termasuk 14 pertuduhan rogol dan 31 serangan seksual.
Hakim Peter Rook berkata beliau sedang mempertimbangkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Huckle yang dianggapkan melakukan jenayah serius.
Huckle yang berasal dari Ashford, tenggara England muncul di Mahkamah Jenayah Tengah London atau lebih dikenali sebagai Old Bailey untuk pendengaran hukuman yang dijangka berakhir pada Jumaat ini.
Laporan kes itu amat terhad sehingga kini kerana penyiasat mahu mangsa selamat daripada pemangsa seksual dalam talian. (Mstar)
2 Comments
KALAU USTAZ TAK BERTAULIAH. LAJU JER DEPA TANGKAP!!!
ReplyDeleteEh kerajaan nak pulak, biasala, menteri2 kita kata macaleh class, melayu cina india budus, orang budus mana boleh ngajar
ReplyDelete