Guan Eng - Bila Kerajaan Pulau Pinang Iktiraf LBGT ?


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas PAS hari ini kerana mendakwa kerajaan Pulau Pinang mengiktiraf hak-hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender.
"Bila kerajaan negeri iktiraf hak LGBT?" Soal Lim dalam sidang media hari.
Beliau berkata ini adalah satu lagi fitnah daripada PAS sebagai sebuah kerajaan negeri sedangkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengadakan mesyuarat mengenai isu itu.
"Ia adalah satu usaha individu oleh salah seorang ADUN - dari DAP. Beliau membangkitkan isu Jawatankuasa Transgender untuk menjaga kebajikan komuniti itu di DUN dan beliau memperoleh sokongan ADUN lain, "
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Mahfodz Mohamed yang mengecam tindakan kerajaan Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengiktiraf LGBT melalui penubuhan jawatankuasa transgender.

Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang mengadakan mesyuarat pertamanya pada 17 Mei, selepas tujuh tahun melobi untuk mewujudkannya.

Dipengerusikan oleh ADUN DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu, jawatankuasa itu tidak dibiayai oleh kerajaan Pulau Pinang atau oleh Dewan Undangan Negeri.

Ahli jawatankuasa itu ialah Lim Siew Kim (DAP-Sungai Pinang), Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga), Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti), Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubok), Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar ), Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) dan Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua).

ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang, Salleh Man juga dipilih sebagai ahli jawatankuasa.

Post a Comment

2 Comments