• Politik Terkini

    Tuesday, June 21, 2016

    Mat Sabu - Pengundi Keliru Dengan Calon Pembangkang [Sebab Kalah]


    Para pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar terkeliru terhadap calon-calon Pakatan Harapan oleh kerana pihak pembangkang bertelagah sesama sendiri, kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH ), Mohamed Sabu.

    Pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang melabuhkan tirainya Sabtu lalu, BN menang besar di kedua-dua kerusi dengan AMANAH di tempat kedua di Sungai Besar dan ketiga berbanding PAS di Kuala Kangsar.
    "Pengundi jadi pening. Mereka keliru yang mana calon pembangkang yang hendak dipilih. Di Sungai Besar, PAS bercakap mengenai betapa hebatnya kerajaan negeri kerana parti itu adalah sebahagian daripadanya, dan begitu juga AMANAH,"
    "Sepanjang tempoh berkempen di Sungai Besar, PAS kata ia adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat bersama PKR dan AMANAH pula menjaja mesej ia adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR.
    "Keadaan ini menyebabkan para pengundi menjadi sangat keliru mengenai calon-calon Pakatan. Sebaliknya, BN/Umno tampil teguh bersatu menghadapi musuh-musuh mereka," 
    Beliau mengakui keadaan 'pening dan keliru' ini terbukti menjadi cabaran besar apabila partinya berkempen di kawasan luar bandar Selangor dengan sesetengah pengundi masih ingat Dr Mohamed Khir Toyo adalah menteri besar Selangor semasa.
    "Lain-lain fikir saya masih bersama PAS, mereka beritahu saya mereka akan mengundi parti saya, apabila saya tanya kepada mereka yang mana satu, mereka kata PAS," katanya.
    Mat Sabu adalah bekas timbalan presiden PAS sebelum beliau dan 17 pemimpin lain disingkirkan daripada pucuk pimpinan parti Islam itu pada pilihan raya tahun lepas. Mereka kemudiannya meninggalkan PAS bagi membentuk AMANAH yang menjadi sekutu rapat DAP.

    Propaganda kami tidak memadai, simbol Amanah belum disedari umum kerana kami hanya membentuk parti di Selangor empat bulan lalu, manakala di Kuala Kangsar hanya kira-kira sebulan yang lalu.

    Sementara itu, beberapa peserta bertanyakan soalan-soalan panas kepada panel penceramah malam tadi termasuk Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan Ahli Majlis MBPP, Syerleena Abdul Rashid.

    (MK)

    1 comment: