• Politik Terkini

    Thursday, April 6, 2017

    GST Mi Segera, Bebankan Rakyat ? Sepatutnya Utamakan Barangan Kanak-Kanak !


    GST ada baik untuk kantung kewangan negara dan keburukan dia impak kepada golongan berpendatan rendah. Those yang gaji lebih 2K, aku rasa takde terbeban sangat dengan GST melainkan cara ko berbelanja tu bermewah. Tapi dengan situasi sekarang, tak ramai yang bermewah dalam membeli barangan. Maybe ramai yang telah tukar jenama barang yang dibeli untuk menanmpung perbelanjaan supaya dapat diminimumkan.

    Adakah menteri berfikir rakyat bawahan yang berpendatan rendah lebih mengutamakan makanan segera mi sebagai alas perut. Sedangkan barangan utama dalam keluarga adalah keperluan anak-anak yang berumur bawah 7 tahun. Pembesaran kanak-kanak memerlukan kelengkapan yang cukup dan sumber nutrisi yang betul. Tapi kerajaan hanya mengambil inisiatif GST 0 hanya kepada susu yang dibuat daripada soya.

    Lebih menguntungkan rakyat jika penekanan terhadap setiap barangan keperluan kanak-kanak dibawah 7 tahun diberi keutamaan. Pampers, susu, pakaian dan perbelanjaan taska yang dikecualikan GST. Itu lebih baik.

    Dari Malaysiakini :
    Pembentangan penyususunan semula pelepasan dan pengenaan cukai GST memasukan pengenaan GST ke atas mi segera, mi dan laksa kering, satu langkah yang menurut Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar akan membebankan golongan berpendapatan rendah.

    Mahfuz berkata Dewan Rakyat baru-baru ini telah membahaskan semakan barangan dikecualikan GST, di mana mi kering kini tertakluk kepada cukai tersebut.

    "Ia adalah makanan orang kebanyakan dan orang susah.Di kalangan pelajar universiti dari kalangan keluarga berpendapatan rendah, untuk membeli makanan lain memerlukan perbelanjaan besar manakala mi segera yang jauh lebih rendah harga menjadi pilihan untuk mengalas perut.

    "Begitu juga golongan pekerja bawahan yang berada dibandar besar tatkala tiba pertengahan bulan inilah makanan mereka.

    "Saya membantah dalam penghujahan saya semasa perbahasan kerana ini merupa suatu kezaliman dan penderaan ke atas orang miskin yang dalam kesusahan, tiba-tiba makanan orang miskin dikenakan GST," kata Mahfuz dalam satu kenyataan malam tadi.

    Mahfuz mengesyaki Putrajaya terpaksa meluaskan jaringan cukai GST kerana tabung awam telah semakin kering dan pilihan raya umum tidak lama lagi.

    Katanya ia menunjukkan BN bermasalah dalam pengurusan kewangan negara dengan mengenakan GST ke atas makanan orang miskin

    "Suatu kecelakaan bagi rakyat Malaysia kerana jika mahu selamatkan negara dari bangkrap terpaksa membayar GST ke atas mi segera," katanya.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang pentadbirannya memperkenalkan GST pada 2015, mendakwa cukai itu telah "menyelamatkan" ekonomi Malaysia.

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik