Malaysia "Penipu Perdagangan" & Penyebab Defisit Amerika Hampir 50Billion USD ?


Dasar dan amalan perdagangan Malaysia “bebas tetapi adil”, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Kita tidak manipulasi mata wang kita dan kita tidak beri bantuan yang menyalahi peraturan antarabangsa termasuk yang ditetapkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),”
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyenaraikan Malaysia sebagai “penipu perdagangan”, dan antara negara menyebabkan defisit perdagangan AS hampir AS$50 bilion (RM221 bilion).
“Berkenaan tuduhan Trump, kami pasti yang perdagangan kita adil. Kami penyokong perdagangan bebas tetapi adil,”
Minggu lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif yang akan menghentikan “pengimport luar yang menipu”.

Di bawah perintah itu, negara yang mempunyai dagangan tidak seimbang terbesar dengan AS akan diteliti selama 90 hari sementara pentadbiran menyiasat pengeluar, penyedia perkhidmatan, petani dan pengguna untuk mengenal pasti masalah.
Selain China dan Malaysia, negara lain yang menjadi sasaran penyiasatan Trump ialah Canada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Mustapa berkata selepas tuduhan itu, kementeriannya melihat semua aspek perdagangan Malaysia, termasuk angka menunjukkan negara itu ada lebihan AS$6 bilion dengan AS.

Katanya, ia jauh di bawah angka AS$50 bilion yang diberi oleh Trump.
“Memandangkan kenyataan Trump menjadi kenyataan umum, Miti sedang menyediakan beberapa fakta untuk membetulkan tuduhan dibuat presiden AS itu.
“Kami juga yakin dasar kami ialah dasar biasa, diamalkan oleh (masyarakat) perdagangan antarabangsa, termasuk WTO.

“Jadi kami dengan tegas menafikan kami penipu perdagangan. Kami amalkan perdagangan bebas tetapi adil,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menekankan kepentingan hubungan Malaysia-AS, berkata AS ialah rakan niaga yang penting.

“AS ialah rakan dagang ketiga terbesar selepas China dan Singapura. Jadi kami akan terus menggalakkan hubungan baik dengan AS.
“Walaupun dengan tuduhan seperti itu, kami yakin hubungan dengan AS akan terus berkembang,” katanya.

FMT

Comments

  1. Bodoh punya blogger! kau ingat malaysia power sangat ke sampai buat camtu kat US! next time baca dulu source kau tu sebelum letak tajuk sensasi bodoh kau tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diri sdiri bodoh tak nampak. Ko tak nampak ker tanda soal aku letak tu. Bengap betul ko ni..

      Delete
    2. Saiful dedak. Cybertrooper dedak la ni..

      Delete
    3. ..kau lagi makin bodoh! baca dulu kenapa aku kata kau bodoh!

      Delete
    4. Lantak ko la bodoh. Bodoh buat cerdik. Lainkali baca tu byk kali. Bangang!

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment