Kenapa PAU2017 Najib Bisu Kritik PAS ?


Kenapa PAU 2017 umno tidak mengkritik pas. Mungkin kerana umno menganggap bahawa pas sudah tidak perlu diserang dan mungkin sebenarnya inilah politik matang dan sejahtera ciptaan pas sudah diguna oleh umno sebagai senjata untuk membunuh pas.

Umno dan najib cukup faham tingkah laku hadi. Najib sedar bahawa hadi memang suka dipuji dan kelihatan hadi akan terangkat angkat bila najib panggil hadi tuan guru. Begitulah teori umno hendak membunuh pas..

Pas umpama kulat yang tumbuh di kawasan pembakaran sampah. Pas spesis kulat ini cukup mudah difahami bagaimana hendak membunuhnya. Kulat ini jika dibakar maka selepas dibakar hanya beberapa bulan saja kulat ini akan tumbuh semula tetapi kulat ini akan bercambah lagi banyak. Kulat ini jika ditebas pun tunasnya dari akar akan bercambah lagi banyak..

Untuk membunuh kulat ( pas ) ini najib sudah mendapat formula yang paling mustajab..iaitu hanya tabur saja kulat kulat ini diatas kulat yang sedang bercambah ini..maka dengan sendirinya kesemua kulat kulat ini akan mati..

Begitulah umno akan menggunakan politik sejahtera dan matang ciptaan pas untuk membunuh pas..

Jadi kesimpulanya.. politik sejahtera dan matang hadi telah membuat parti pas telah mengambil satu keputusan yang kita sendiri pun fikir amat tidak masuk akal.. PAS sanggup menggali kuburnya sendiri bertanding tiga penjuru untuk membunuh diri..asalkan najib memanggil hadi tuan guru..maka hadi sanggup betkorban apa saja untuk najib walaupun dia tersedar bahawa cara dia berpolitik akan menimbuskan pas..

Teringat akan kisah ali baba menari gelek apabila sedang di didendang dengan lagu lagu merdu yang memuji muji kebendulan ali baba oleh ketua penyamun..

Sumber : Whatapps

Post a Comment

0 Comments