BAN Identity ~ Semangat Bodoh Kemanusiaan Hari Ini

Betulkah terdapat keikhlasan dalam diri manusia dalam membuat pengadilan terhadap sesuatu perkara. Ataupun hanya bermuka-muka untuk menunjukkan kealiman sarcasm, kebaikan tahap holistic ataupun pengadilan yang ingin dicapai pada generasi kosong masa hadapan. Melihat raut wajah muka penuh iman didada tidak menunjukkan sifat sebenar manusia. Jika benar mereka berpegang teguh kepada ajaran agama, kenapa masih melakukan perkara bangang abadi sedangkan mereka adalah ketua. Itulah yang berlaku pada masyarakat hari ini. Bila si Bodoh berkuasa.

Itu belum disentuh perkara berkaitan politik lagi. Penuh dengan tipu helah dusta untuk membetulkan perkara yang salah.Jika generasi pada masa akan datang penuh dengan hati busuk, siapakah perlu dipersalahkan. Paling tidak masuk akal apabila orang islam sendiri menyindir sesama sendiri dan menyatakan perjuangan membentuk islam yang adil. Sedangkan mereka mencium tangan bukan muhrim dikhalayak ramai. Ok, tak apa, nanti mereka akan katakan terdapat khilaf nas. Aku yang bodoh agama pun tahu benda tu haram. Ini pula terdapat PHD DR yang bengap keluarkan statement berlaku pkhilaf nas.
Muka garang, pakaian selekeh, mcm gangster tetapi jiwa halus lembut. Pandai hormat orang tua walaupun selalu kena perli oleh kaki korporat yang keparat mencuri duit secara legal. Yea, itulah yang berlaku hari ini. Sebab itu, kita tidak boleh bodoh menilai seseorang dengan melihat dari kelembutannya sahaja. Kucing boleh jadi harimau ketika lapar.

Info Gambar : AN, GC, PAR, FIL