Aku bukan nak membela alvivi, tapi orang muslim sendiri yang buat taik dan segala undang2 yang ada tidak digunapakai dengan betul. Sehinggalah hak islam dicabuli, mula geng berkopiah ni baru nak melenting, geng islam kot hitam nak melompat meragam.
Kalau join playboy showcase, tak pakai bikini dan bogel. Cuma hijabsters lekat melikat. Agak2 boleh tak. Mesti ada golongan taik akan muncul cakap takpe. In future maybe playboy akan amik port kot, hijabster with legging showcase, provided by playboy.
KUALA LUMPUR 18 Julai - Seramai empat gadis Islam merupakan antara 20 peserta yang dipilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.
Pemilihan finalis untuk pertandingan ratu cantik itu dibuat dalam satu sesi interbiu tertutup yang berlangsung di sini pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung baru-baru ini.
Mereka dipilih berdasarkan kemampuan membawa diri dengan penuh keyakinan, personaliti dan cara mereka mengikut tema pertandingan iaitu 'Kecantikan Dengan Tujuan'.
Peserta yang dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2013 akan mewakili negara pada pertandingan Miss World 2013 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 28 September nanti.
Penganjur pertandingan, Datuk Anna Lim ketika dihubungi mengesahkan penyertaan empat finalis beragama Islam pada pertandingan ratu cantik itu tahun ini.
"Mereka dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak berpakaian bikini atau sut renang," katanya.Menurutnya, selain gelaran utama, peserta turut akan merebut lapan lagi gelaran yang disediakan iaitu Miss Fashion Metrojaya, Miss Body Beautiful Wacoal, Miss Beautiful Eyes Optimax, Miss Personality, Miss Photogenic, Miss Beautiful Skin dan Miss Elegance.
Katanya, Miss Malaysia World 2013 akan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan menjadi duta bagi beberapa produk.
Fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 melarang orang Islam menyertai pertandingan ratu cantik.Fatwa itu menyatakan adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.
Selepas fatwa dikeluarkan, Rahima Orchient Yayah merupakan peserta Melayu terakhir yang memenangi Miss Malaysia World 1994 dan sebelumnya Erra Fazira pada 1992.
Isu penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik mendapat perhatian semula apabila tiga gadis Melayu menyertai pertandingan itu di Selangor pada 1997.
Selain itu pada 2011, lima wanita Islam menyertai pertandingan Ratu Cantik Borneo (MBB) 2011 di Kuching, Sarawak walaupun sudah diberi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan mendapat bantahan pelbagai pihak.
Info Asal : Utusan
11 Comments
kalau playboy taja, alvivi mesti join. tapi vivian tu muka xleh blah. siapalah tgk video tu bleh jadi stim.
ReplyDeleterosmah kan ada. siapa yg lebih berkuasa sekarang.
ReplyDeletemohon rafizi siasat. siapa dalang. hahaahaha
ReplyDeletesekarang siapa yg berkuasa. PR or BN. so inilah cara BN menjaga kesopanan umat islam. lagi 10 tahun BN memerintah, malaysia akan jadi lebih sekular. Jabatan agama apa bleh buat, dengar arahan org atasan. Pegawai bawahan xkan bertindak selagi takde arahan atasa.
ReplyDeletemacai detected!
Deletebodo betul melayu... masa video lucah melayu keluar... rasanya org melayu juga yg tgk siap copy lagi... ni setakat join contest pun dah jadi hal...kalo tak suke, tak payah lah tgk tv.... takat nak share pandangan peribadi aku je...
ReplyDeleteia menyentuh soal keagamaan. bukan melayu. ko tu sebenar yg bodo. dah terang fatwa kata haram. tapi ada juga org muslim join. islam bkn hanya pada melayu.
DeleteKalu slh sorg mng then wakil negara,sure la kt indon tu nnt akn pakai bikini...ngok la organizer ni
ReplyDeleteskadar islam atas ic, tapi tak amalkan langsung pegangan... cmtu la jadinya, so sad...
ReplyDeletemohon org melayu islam berhenti merokok juga! TG Nik Aziz pun dah ckp haram merokok!!
ReplyDeletetunggu je lah azab dalam kubur cantik macam mana pun tuhan bagi akal fikirlah
ReplyDelete