BAN Abuse - Dera Kanak2 Dalam Keadaan Waras

Penderaaan kanak2 bukan sesuatu yg baru. Sejak berzaman era manusia dangkal lagi abuse tak pernah selesai. Ini kerana perasaan manusia yg sentiasa berubah dan kurangnya motivasi untuk menyayang.

Mungkin siaran dalam tv perlu menambahkan motivasi berkonsep menyayangi keluarga. Sebagai persediaan menghadapi zaman tekanan kewangan masa hadapan.


Seorang suri rumah, Ching Mee Chin, 30, yang dituduh menganiayai dan mendera anak perempuannya, Ho Yan Hui, 5, pada 12 Ogos lalu hingga mengakibatkan kematian, disahkan layak untuk dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof mengemukakan laporan dikeluarkan Hospital Bahagia Hulu Kinta mengenai perkara tersebut apabila kes itu disebut di mahkamah majistret, di sini, semalam.

 Hasil laporan menunjukkan, tertuduh menghidapi gejala kemurungan, namun pada masa kejadian, dia waras. 

“Keadaan mental Mee Chin stabil dan layak dihadapkan ke mahkamah bagi membela diri dan dibicarakan,” katanya ketika membacakan laporan itu di hadapan Majistret Suhaima Mohd Nor. 

Pada masa sama, mahkamah turut menolak permintaan peguam bela, Chong Kok Yew, yang mewakili Mee Chin, supaya tertuduh terus diletakkan di bawah pemerhatian pakar psikiatri Hospital Bahagia kerana didakwa masih tertekan.

 Suhaima kemudiannya menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 325 Kanun keseksaan sama tarikh dengan sebutan semula pertuduhan bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap Mee Chin. 

Mee Chin didakwa memukul kepala dan seluruh badan anaknya menggunakan rotan di ruang tamu rumahnya di Taman Wang Menglembu, kira-kira jam 9 pagi, 12 Ogos lalu. Dia turut didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

 Ketika dihadapkan ke mahkamah, 20 Ogos lalu, kanak-kanak terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

 Bagaimanapun, Mee Chin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama selepas Yan Hui meninggal dunia di HRPB, pada kira-kira jam 2.40 petang, 25 Ogos lalu.

Info Asal :sinarharian

Post a Comment

5 Comments

  1. siapa sangka.suri rumah sepatutnya takde abuse budak. dah dia mana ada tekanan lain. maybe masalah duit kot.

    ReplyDelete
  2. budak unr 5 tahun mmg nakal skit. tapi jgn sampai dera. mereka batu nk belajar mengenal dunia.

    ReplyDelete
  3. byk kes dera budak skrg ni...huhu

    ReplyDelete
  4. mungkin dia sendiri tu mangsa keganasan rumah tangga, lalu dia jadi murung dan melepaskan marah kat anak dia... who knows, but still that is wrong... an abuse is an abuse...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya. tapi fakta tu boleh jadi pengukuh

      Delete