BAN Bunuh - (Video) PakGuard Bunuh Pegawai Bank, Lari Rompak

Harini gempar lagi kes tembak, kalau sebelum ni tv duk sibuk psl gangster, ops cantas bagai. Ni hah, pak guard sendiri yang tembak. Paling heran lagi, kad pengenalan pak guard tu takde dalam sistem! tak leh kesan! Macam mana syarikat pakguard ni boleh amik dia jadi pakguard? Takkan tak tapis dulu, nak pegang senjata api pun, at least kena ada license and mcm serba anekalah katakan.

Malaysia masih aman. Pegawai bank pun terancam. So, polis sila buat ops cantas kat semua pak guard. Daripada duk buat roadblock sampai jalan jem. habuk pun tarak. Cari penjenayah, tapi check license. Mereka ingat gangster ni bodoh ke, nak lalu kat roadblock.

Brunei dh amik pendekatan menggunakan hukum hudud untuk penjenayah. Undang2 yg lebih adil membanteras penjenayah.
Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.
"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," 
Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.

Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.

Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.
"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.
Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.
"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.
“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu

Info Asal : SinarHarian , BuasirOtak

Post a Comment

6 Comments

  1. Sepatutnya syarikt yg terbabit tu kna tampil bg kenyataan. siapa pekerja tu. negara mana depa kutip. now sampai bunuh mcm ni. siapa nk tanggungjwb!

    ReplyDelete
  2. zalim. kalau hudud ada kt malaysia. tentu adil

    ReplyDelete
  3. bulan lepas pak guard kena marah ngan pukul oleh bini orang. bulan ni pula pak guard rompak dan bunuh bini orang..bulan depan pak guard nak buat apa plak tataw la yer...hmmm....syukurla malaysia masih aman bak kata caicaicai

    ReplyDelete
  4. NANTI BOS MACAI AKAN BG PENJELASAN. DIA TGH SIBUK CR PISTOL HILANG. HARITU KATA JATUH LAUT. SEKARANG LAIN CERITA.

    MACAI DAN SEANGKATAN TENTERANYA. SELAMANYA MACAI

    ReplyDelete