#LogikMacai : Malaysia Tetap Aman
Seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pistol melarikan sedulang barang kemas dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi di sebuah pusat beli belah di Setapak.
Sebelum kejadian pengawal keselamatan berkenaan sedang duduk di kerusi berdekatan pintu masuk kedai manakala staf lain sedang menyusun dulang barang kemas dalam rak kaca.
Sumber polis berkata, dengan tiba-tiba lelaki berusia 30an dan berpakaian seragam pengawal keselamatan itu mengarahkan seorang staf untuk keluarkan sebuah dulang barang kemas dan melarikan diri ke arah aras bawah tanah dipercayai untuk mengambil motosikalnya.
Katanya, meskipun kejadian berkenaan berlaku hanya 100 meter dari pintu masuk utama pusat beli belah itu namun disebabkan pintu berkenaan akan dibuka selepas 10 pagi, suspek melarikan diri melalui aras bawah tanah.
kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.
Info Asal : HMetro
5 Comments
nama kedai tu aper. apehal wartawan xbagtau.
ReplyDeletemacai tetap berpendirian teguh. susah nk lentur admin
ReplyDeleteadoi2
ReplyDeleteko kena tembak ke?
Deletemasyuk kata pak guard, walaupun gaji mereka lumayan, tapi nampaknya merompak lagi lumayan!
ReplyDelete