BAN Jenayah - Rompakan PakGuard Yang Kerugian RM100K

Sejak dua menjak ni pak guard semakin aktif buat rompakan. Tak pasti samada ni pakguard tempatan or asing. Tapi aku rasa ni mesti pendatang asing. IC ada tak? Jangan kata company security yang sama sudaaaa.. Semakin maju malaysia, semakin bangang nampaknya. Sampaikan security pun perlu diimport. Penduduk malaysia kekurangan ke.

#LogikMacai : Malaysia Tetap Aman

Seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pistol melarikan sedulang barang kemas dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi di sebuah pusat beli belah di Setapak.

Sebelum kejadian pengawal keselamatan berkenaan sedang duduk di kerusi berdekatan pintu masuk kedai manakala staf lain sedang menyusun dulang barang kemas dalam rak kaca. 


Sumber polis berkata, dengan tiba-tiba lelaki berusia 30an dan berpakaian seragam pengawal keselamatan itu mengarahkan seorang staf untuk keluarkan sebuah dulang barang kemas dan melarikan diri ke arah aras bawah tanah dipercayai untuk mengambil motosikalnya. 

Katanya, meskipun kejadian berkenaan berlaku hanya 100 meter dari pintu masuk utama pusat beli belah itu namun disebabkan pintu berkenaan akan dibuka selepas 10 pagi, suspek melarikan diri melalui aras bawah tanah.

kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

5 Comments

  1. nama kedai tu aper. apehal wartawan xbagtau.

    ReplyDelete
  2. macai tetap berpendirian teguh. susah nk lentur admin

    ReplyDelete
  3. masyuk kata pak guard, walaupun gaji mereka lumayan, tapi nampaknya merompak lagi lumayan!

    ReplyDelete