Generasi baru, rumah harga mahal, pinjaman sana sini, makanan berzat takde langsung, sajian hidangan berzat kanak2 snek. Ayam beracun, ikan beracun. Semua gara2 tekanan hidup untuk menjadi kaya bergaya ala menteri.
Bunyinya mungkin tidak masuk akal, namun hakikatnya itu yang berlaku di Pasar Borong Selayang apabila warga Myanmar terus melakukan kegiatan mengutip sayur-sayuran yang dibuang oleh peniaga pasar borong sebelum mereka 'recycle' dan menjualnya semula.
Salah seorang pekerja pembersihan, Munish, 21, berkata, sejak dia bekerja di situ lapan bulan lalu, kegiatan itu masih berlaku lebih-lebih lagi selepas pembersihan dilakukan.
“Biasanya mereka akan kutip sekitar jam 7.30 pagi sebelum pembersihan dan tengah hari selepas pembersihan dibuat.
“Mereka biasanya datang secara individu, ada kalanya ramai kadangkala hanya dua atau tiga orang,” katanya kepada Sinar Harian.Penantian sehingga kira-kira jam 11.30 pagi akhirnya membuahkan hasil apabila beberapa lelaki dipercayai warga Myanmar dilihat menolak troli berisi bakul yang dipenuhi sayur-sayuran dari arah pasar borong dengan lagak mencurigakan.
Wartawan turut menemui bakul-bakul berisi sayur yang tidak berapa segar dilonggokkan di kawasan parkir.
Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat lelaki mencurigakan dalam tong tempat pembuangan sampah di pasar borong sedang membongkokkan badan mengeluarkan sesuatu.
Apabila didekati, kelihatan lelaki itu mengeluarkan sebiji buah tembikai namun situasi itu tidak sempat dirakamkan.
Tidak puas hati dengan keadaan itu, wartawan mengambil keputusan untuk masuk ke ruang tempat pembuangan sampah itu untuk melihat dengan lebih dekat.
Mengejutkan apabila terdapat seorang wanita dipercayai warga Myanmar bersama anaknya sedang mengasingkan sayur jenis kacang panjang di satu sudut tempat pembuangan itu.
Info Asal : Sinar, King Jason
9 Comments
damnnnn ittt... tapi kn skrng ada ubat untuk segarkn sayur. WTF..
ReplyDeletenanti menteri akan cakap. Tu la, kan sy suruh tanam sayur sendiri.
ee...macam mana nak beza sayur recyle kalu dah penjual murah
ReplyDeleterecent post : Review Samsung Galaxy Note 3 : Edisi Tengok Sahaja
bila beli sayur kena pastikan yang segar bukan sekdar beli mengikut harga yang murah
ReplyDeleteKalau taknak makan sayur recycle pindah negara lain
ReplyDeletekorang ni xfhm2 ke. kn menteri kita dh ckp. amalkn bercucuk tanam. lebih afdal, ko minta tanah kat depan rumah PM. kan luas kt situ. ckp la nk tanam sayur bendi. rosmah pun boleh makan. tu pn xreti ke
ReplyDeleteMemang siot punya perangai... aku kekadang rasa skeptik gak nak beli nasi ayam atau satey yg ada skali lettuce ngan timun tuh, sbb kekadang aku nampak sayur dia layu n lembik semacam... damn...
ReplyDeletedia kutip dgn myamasia ni la kalau ko nk tau.
Deleteini gambar tahun 1988, sekarang pasar Borong selayang bebas pendatang haram, tak percaya tanya abg jeff, yang duk kat sana.
ReplyDeletexmmbazir namanya...
ReplyDelete