BAN Bangang - Ian Watkins, Penyanyi Lostprophets Yang Gila Seks

Ramai yg amik port secara batuk dalam lubang tahik dgn perkara2 seks yang membuat manusia hilang akal dan gila otak pemikiran. Tambah lagi dgn zaman sekarang. #porn dihujung jari. Bukak smartphone dah boleh google pornstar. So, nak banteras tu kerja skmm. Tapi sejak 2 menjak porn dijadikan industri mengkayakan advertiser untuk menarik minat. Dalam satu artikel hari ni pun ada minah advert mempertikaikan syarikat gergasi menggunakan aksi porno untuk promosi barangan mereka.

Penyanyi rock Ian Watkins semalam mengakui mengambil kesempatan atas statusnya sebagai selebriti untuk melakukan salah laku seks terhadap bayi dua peminatnya.

Aksi penyanyi kumpulan Lostprophets itu yang dikatakan pedofilia tegar dan komited mendera seorang bayi di depan ibu dapat dilihat pihak berkuasa dalam klip sepanjang 17 minit.

Dalam klip rakaman lain Watkins turut dipaparkan melakukan aksi seks maya melalui Skype dan memujuk seorang wanita lain mencabul anaknya sendiri.


Pegawai penyiasat, Peter Doyle menganggap bukti dikemukakan itu sebagai kes penderaan kanak-kanak paling kejam pernah diketahuinya.

“Saya yakin Ian Watkins menyalahgunakan statusnya sebagai seorang selebriti untuk mencabul kanak-kanak,” katanya.

Sebuah komputer riba yang dirampas dari rumah Watkins di Pontypridd turut menggunakan kata laluan lucah membabitkan kanak-kanak.

Malah, beberapa pesanan ringkas dihantar kepada seorang daripada ibu terbabit juga merujuk kepada perlakuan lucah terhadap budak selain mahu menggunakan bayi wanita itu sebagai hamba seks.

Watkins turut dikatakan menggunakan dadah, malah pernah mendedahkan keinginannya meniup dadah ke muka kanak-kanak dengan tujuan supaya mangsa pengsan.

Ujian dijalankan menunjukkan seorang daripada bayi terbabit turut didedahkan kepada dadah.

Dua ibu terbabit masing-masing berusia 21 dan 24 tahun turut menghadapi hukuman penjara kerana pembabitan mereka dalam kes itu.

Peguam belanya Sally O’Neill QC dilaporkan berkata, anak guamnya tidak ingat kejadian yang dirakamkan dalam video berkenaan.

Mahkamah dijangka menjatuhkan hukuman bulan depan

Info Asal : HMetro

Post a Comment

3 Comments