BAN Otai - Isteri Berpengaruh, Suami Dipukul

Suami pukul isteri, Isteri pukul suami. Suami gengster, isteri gengster. Suami lembut, isteri ganas. Isteri ganas, suami lembut. Pi mai, pi mai. Susah betul nak jumpa dua2 sekepala. Dalam 10 pasangan adalah 2 3 pasangan yang orait sekata seiring macam zaman tengah kapel muda2.

Nak tak nak, tulah asam garam lada cili boh, teo o tarik kaw kaw kasi panas. Tapi masih ada lagi yang bebal duk percaya ajaran karut, tu lagi parah kalau suami isteri sendiri terlibat. Tambah lagi dgn tension masalah harga barang naik. Gaji tak naik2.

Saya dipukul kenalan isteri apabila menegur sikap isteri mengabaikan tanggungjawabnya, baru-baru ini.

Isteri saya berpendidikan tinggi dan mempunyai pengaruh, baik dalam kalangan keluarga serta rakannya.

Jadi apa saja yang dia lakukan dilihat baik pada kaca mata mereka. Berbanding saya yang bekerja sebagai pemandu lori sering disalah anggap membuat perangai di luar, sedangkan yang buat perangai ialah isteri saya. 

Saya sayangkan dia yang juga ibu kepada dua anak, saya menegur perbuatannya yang tidak hormat kepada saya dan memohon dia berubah menjadi lebih baik. 

Namun tindakan saya menyebabkan dia berdendam lalu menuduh saya mempunyai teman wanita baru. 

AMIR
Kuala Lumpur 

Saudara adalah suami! ‘Syurga seorang isteri terletak di bawah kaki suami’ dan itu saudara perlu jelas di mana kedudukan saudara selaku ketua keluarga. 

Atas faktor pendidikan rendah dan si isteri pula mempunyai kerjaya jauh lebih baik, ego si isteri pula melangit. 

Di sini, penting untuk saudara mengingatkan betapa pentingnya dia menghormati saudara dan dia tidak boleh menghebahkan hal rumah tangga kepada orang lain. 

Dalam situasi ini, penting saudara mempunyai ego serta tidak berpaling daripada perbuatan menegur andai isteri membuat silap. 

Andai individu lain masuk campur, saudara lebih hak ke atasnya dan perlu juga menasihati individu terbabit tidak mencampuri urusan rumah tangga orang sewenang-wenangnya. 

Jangan pula teguran dilemparkan dalam nada suara tinggi, sebaliknya perlu berhemah supaya tidak mewujudkan salah faham kepada individu terbabit. 

Pada si isteri, nyatakan kesilapan pasangan dengan teguran baik serta elak menggunakan kata-kata kesat mahupun nada tinggi supaya dia dapat menerimanya secara terbuka. 

Meskipun pendidikan isteri lebih tinggi, ia tidak bermaksud isteri jauh lebih matang mahupun sempurna segenap segi. 

Selain itu, sering rapatkan hubungan suami isteri dengan mendirikan solat berjemaah. Diharap ia dapat membantu mengingatkan kedudukan isteri dalam keluarga.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

6 Comments

  1. nk dapatkn yg perfect bukan senang. nak taknak kena belajar la terima kekurangan. Tapi kita pun kna la berhati2 memilih pasangan. Jgn terlalu pikir harta kekayaan. Semua tu bahagia time kapel je. bila dah kawin. lain jadinya.

    ReplyDelete
  2. bini dia tailong area mane tu. hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Ini kes takut bini, he he, kalau aku lama dah aku ceraikan bini macam ni.
    Ingat kita ni, KETUA keluarga, bukan kuli batak!

    ReplyDelete
  4. Sori cakap, nak kahwin tu biarlah dengan yang sekufu dan sama taraf, Islam sendiri pun sarankan mcm itu, sebab apa? Untuk mengelakkan diri dari masalah rumah tangga macam inilah. Bukan hendak memandang rendah pekerjaan drebar lori, tapi apa tujuan drebar lori tu hendak sangat berkahwin dengan perempuan yang kononnya hebat sangat tu ye? Kalau ianya dengan niat yang lebih kepada hendak menumpang kesenangan material dan harta perempuan tu, kemudian berharap boleh 'memerintah' perempuan itu dan demand untuk dilayan seperti raja dengan menggunakan alasan 'syurga di bawah tapak kaki suami', memang patutlah pun kena layanan buruk selepas beberapa tahun berkahwin, sebab niat di awal perkahwinan sudah menyimpang jauh dari sunnah. Sekian pandangan saya buat renungan semua 'ketua keluarga'.

    ReplyDelete