BAN PakGuard - Pekerja Asing Buat Taik, Rakyat Tempatan Jadi Mangsa. Bangang!

Negara semakin maju, rakyat berpendatan tinggi... Tapi pak guard terpaksa import pekerja asing, malah pelbagai sektor lagi terpaksa import pekerja asing. Rakyat malaysia sendiri terus menerus terpaksa bersaing dgn pekerja asing. Bukan tu je, termasuk sekali bidang perniagaan yg hari ini cuba dimonopoli oleh pendatang asing. Kalau pi KL, time cuti2. Berlambak pekerja asing. WTF ini semua?

Yang aku heran, apesal peralihan syarikat yang ditutup tidak dirancang dgn cepat, tepat dan betul. Buang pekerja asing bukannya termasuk skali pekerja tempatan. Sepatutnya peralihan syarikat dilakukan dgn secepat mungkin dan pekerja yang sedia ada dikekalkan. Pekerja asing buang!

 Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Seramai 247 pengawal keselamatan di negeri ini hilang punca pendapatan selepas menerima notis ‘tidak bekerja’ berikutan penggantungan lesen terhadap majikan mereka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuat kuasa, semalam.

Syarikat keselamatan yang berpejabat di sini dan mempunyai beberapa cawangan di negeri ini terpaksa menghentikan tugas semua kakitangannya yang sebelum ini berkhidmat di 75 bank seluruh negeri.

Pihak pengurusannya, ketika ditemui mengakui, tiada pilihan lain, selain terpaksa ‘membekukan’ semua tugas pengawal keselamatan bagi mengelak tindakan lebih berat dikenakan.

Menurutnya, sepertimana reaksi pekerja, syarikat juga agak terkejut dengan notis yang diterima kerana bakal menjejaskan sumber pendapatan kakitangannya yang rata-rata sudah berkhidmat antara satu hingga lima tahun.
“Berdasarkan notis berkenaan, mereka sudah tidak dibenarkan bekerja bermula hari ini (semalam), walaupun ia situasi mengejutkan, namun arahan dikeluarkan kementerian, kita terpaksa akur,” katanya, yang tidak mahu dikenali.
Beliau berkata, daripada 247 pengawal keselamatan kendalian syarikatnya, sebahagian besar berkhidmat di bank, sementara sebilangan kecil di premis perniagaan dan kewangan lain seperti syarikat insurans.

Katanya, rata-rata mereka menerima purata gaji antara RM900 dan RM1,100 tidak termasuk elaun kerja lebih masa.

Ismail Sulaiman, 49, berkata, dia sama sekali tidak menyangka, impak insiden pembunuhan, pada 22 Oktober lalu yang dilakukan seorang pengawal keselamatan akan menjejaskan kehidupan pengawal- pengawal lain.

Dia menjadi pengawal sejak empat tahun lalu dan menganggap keputusan pergantungan yang dikenakan agak drastik hingga tidak memberi ruang kepadanya mencari sumber pendapatan lain.
“Entahlah, sebaik tahu perkara ni, fikiran saya kosong. Tak tahu apa nak buat selepas ini. Dalam keadaan ekonomi sekarang, bukan senang nak cari kerja. “Tambah pula harga barang naik, sekurang-kurangnya kerajaan berilah kami masa, takkanlah kerana seorang pengawal, nasib pengawal lain dipertaruhkan,” katanya.
Ismail berkata, meskipun bekerja dalam skop yang sama, namun mereka juga mengutuk sebarang jenayah yang dilakukan pengawal keselamatan.

Katanya, sebagai pengawal, setiap hari mereka mempertaruhkan diri lebih dari nyawa sendiri.

“Kami cuma minta sedikit ruang dan keprihatinan, lagipun bukan tidak ada insiden pengawal mati ketika bertugas sebelum ini,” katanya.

Seorang lagi pengawal di syarikat itu, E Aquila, 50, buntu apabila memikirkan tanggungan keluarga yang perlu digalas sebaik sumber pendapatannya hilang.

Sepanjang dua tahun berkhidmat, wanita ini mengakui, selesa bekerja sebagai pengawal di sebuah bank di Jalan Yang Kalsom dan pendapatan yang diterima cukup untuk perbelanjaan tiga anaknya yang masih bersekolah.

“Saya sudah puas menangis tadi sebaik diberitahu perkara ini. Jika tiada perubahan (keputusan pergantungan lesen), terpaksa saya fikir alternatif kerja lain,” katanya.

Mohd Yunus Budin, 49, yang baru bekerja dengan syarikat itu sebagai pengawal selama sebulan pula terpaksa menempuhi alam pengangguran sekali lagi.

Katanya, keadaan itu sedikit sebanyak menggugat ekonomi keluarga, tambahan pula dia ada tiga anak yang masih bersekolah.

“Siapa yang tak sedih. Saya baru dapat kerja setelah menganggur beberapa bulan.

Sekarang terpaksa berehat lagi. Tak tahulah apa nak buat selepas ni,” katanya.

Info Asal : Sinar Harian

Post a Comment

9 Comments

  1. tak pasal2. ni lah bala generasi Y. lambakan pekerja asing! bila ckp IC palsu taknak ngaku!

    ReplyDelete
  2. Mmg PR akan teruskan GST jika memerintah.. Maka Macai pon bukan main lg hentam PR kata PR kutuk sngt BN, tp guna GST untuk rakyat jgk.. Macai2 ni sebenarnya tngk TV3 n Utusan.. Diaorg siar PR akan teruskan GST jika memerintah.. Tapi tak siarkan syarat2 untuk PR teruskan GST.. TV3 n Utusan ni bangang.. Tak siar semuanya..

    TAPI............ dia lupa yg bila PR memerintah, tol dihapuskan, PTPTN dimansuhkan, kete turun harga, minyak turun harga, gaji minima tinggi dan macam2 lg.. Agar bila GST dilaksanakan, ianya tak membebankan rakyat.. Tak macam BN, semua benda dia nk sedut dari rakyat.. Rakyat terus terbeban..

    *Gua pelik Macai ni.. Time PR bg manifesto PRU, diaorg ckp PR bohong.. Time PR ckp akan buat GST jgk, bukan main percaya.. Lepas tu tak tahu apa syarat2 PR akan laksanakan GST.. Macai ohh Macaiii

    ~Exco Politik dan Kepala Zombie Sukan Star~

    ReplyDelete
  3. Malaysia = Umno Government.

    Dah lama dah buat taik.

    Rakyat tetap pilih

    ReplyDelete
  4. dah terang2 pihak pengurusan syarikat pengawal keselamatan tu buat kesilapan dengan menggajikan pekerja asing yang menggunakan kad pengenalan palsu. adalah wajar lah syarikat tersebut harus bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan. kalau tidak dilakukan tindakan drastik begini, semua syarikat pengawal keselamatan masih tidak alert dengan betapa pentingnya memastikan orang yang diambil bekerja adalah warganegara malaysia yang sah, dan tidak mengalami masalah dari segi kerja dan disiplin

    ReplyDelete
  5. mencegah lebih baik dari mengubati, syabas Kdn kerana telah menggantung lesen pengawal keselamatan, tapi kenalah fikir pula macam mana nasib pengawal keselamtan yang bertugas di bawahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg patut difikirkan pekerja tempatan. bukan pekerja asing! berlambak lg rakyat malaysia miskin sbb takde kerja. apehal pi amik pekerja asing!.

      Delete
  6. spatutnya krajaan bg tmpat kpd pngawal yg sah kt syarikt len... br adil.. diorg nk bg ank bini mkn ap........

    ReplyDelete